Monday 31 December 2012

WAKTU LUANG



Rujukan : SMKS 4 K.D(2)06/04/001 Bil(10)
                                                                        Tarikh     : 5 Januari 2009



Kepada semua guru dan kakitangan sekolah

Tuan / Puan,

PENGGUNAAN WAKTU TIDAK MENGAJAR / WAKTU LUANG (FREE PERIOD) OLEH GURU-GURU
(seperti Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981)

1.  Guru-guru di sekolah biasanya mempunyai waktu-waktu tidak mengajar / waktu luang  (free period) seperti yang ditetapkan dalam jadual waktu mengajar masing-masing. Didapati ada sebahagian kecil guru-guru menganggapnya masa tidak bekerja. Anggapan ini adalah salah dan perlu diperbetulkan.

2.  Oleh itu tuan/puan diingatkan bahawa waktu tidak mengajar / waktu luang (free period) itu adalah masa bekerja.

3.  Tuan/Puan dikehendaki menggunakan masa ini untuk :-
           
(i)                 menggantikan guru yang tidak hadir mengajar di sesebuah kelas.

(ii)               Membuat persediaan-persediaan untuk mengajar seperti membaca buku tambahan, membuat nota mengajar, menyediakan alat-alatan mengajar dan sebagainya.

(iii)             Memeriksa buku latihan murid-murid.

(iv)             Mengadakan pertemuan khas dengan murid bermasalah pelajaran yang diajar.

(v)               Penyediaan aktiviti-aktiviti gerakerja kokurikulum.

(vi)             Lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh Pengetua.


4.  Tegasnya, waktu tidak mengajar itu mestilah diisi dengan kerja-kerja yang memberi faedah kepada murid-murid, khasnya dan sekolah, amnya.




Sekian, terima kasih,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


……………………………………..
( Salehah bt Mohd Amin )
Pengetua,
SMK Seksyen 4,
Kota Damansara

No comments:

Post a Comment