Monday 31 December 2012

ARAHAN KESELAMATAN SEKOLAH


1.0  PENDAHULUAN

Perubahan dalam era pendidikan kini telah mewujudkan keperluan untuk mengenal pasti kaedah, strategi dan model program yang dapat mempertingkatkan kesedaran terhadap keselamatan  murid dan warga sekolah. Bagi merealisasikan suasana yang selamat sama ada di dalam atau di luar sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menerbitkan modul dan manual konsep ‘Sekolah Selamat’ pada tahun 2002 sebagai panduan pelaksanaan pengurusan menjadikan sekolah selamat. Berdasarkan panduan ini, semua pihak telah disedarkan tentang peranan masing-masing dalam menentukan aspek keselamatan.

Selaras dengan perkembangan isu-isu keselamatan yang  melibatkan murid, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyemak semula konsep dan Manual Sekolah Selamat bagi memenuhi keperluan keselamatan. Kementerian Pelajaran Malaysia mengharapkan  murid-murid serta warga sekolah akan sentiasa berasa  selamat seterusnya dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-aktiviti di sekolah. Iklim persekolahan yang selamat dan kondusif akan meningkatkan keyakinan kendiri murid bagi membantu pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah seterusnya dapat memberi sumbangan secara positif kepada sekolah, masyarakat dan negara.

Bagi merealisasikan pelaksanaan operasi keselamatan di sekolah, segala usaha ke arahnya harus dipikul bersama oleh semua pihak secara holistik.

2.0     RASIONAL
2.1         Keselamatan kerap diabaikan dan jarang dijadikan asas utama dalam membuat pertimbangan pelaksanaan sesuatu aktiviti di  dalam dan di luar sekolah.
2.2         Dewasa kini warga sekolah sering terdedah dengan risiko keselamatan dari aspek fizikal, sosial dan emosi. Justeru itu, polisi dan panduan keselamatan yang berterusan perlu diwujudkan di sekolah.
2.3         Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan amat terbatas, dan memerlukan sokongan serta bantuan semua pihak termasuk keluarga, agensi-agensi kerajaan berkaitan,  badan-badan bukan kerajaan dan komuniti.

3.0  MATLAMAT
Merealisasikan Sekolah Selamat berteraskan kepada amalan budaya selamat.

4.0     OBJEKTIF
Meningkatkan kefahaman, penghayatan dan amalan bahawa keselamatan hendaklah  dijadikan  keutamaan  dalam  semua aktiviti pendidikan di sekolah
di mana;

4.1       Pengetua/Guru Besar memahami dan menghayati operasi keselamatan dalam merangka serta melaksanakan tindakan untuk mewujudkan budaya sekolah selamat.
4.2       Guru memahami, menghayati serta membantu merancang, melaksana    dan memantau semua tindakan mewujudkan budaya selamat di sekolah, di samping membimbing dan menasihat murid akan amalan selamat semasa di dalam dan di luar kawasan sekolah.
4.3       Murid memahami, menghayati dan mengamalkan tatacara    keselamatan di sekolah di samping mengamalkan cara hidup selamat semasa di dalam dan di luar kawasan sekolah secara berterusan.

5.0  KONSEP
Oleh kerana aspek keselamatan adalah merupakan aspek yang tidak boleh dikompromi, maka buku ini selain daripada panduan kepada pihak sekolah,  juga adalah merupakan arahan yang perlu dilaksanakan. Sekolah Selamat hanya akan wujud setelah setiap warganya mempunyai kesedaran, penghayatan seterusnya dapat membudayakan  amalan keselamatan di mana dapat melaksanakan setiap aktiviti dalam keadaan selesa, tanpa gangguan, keraguan dan curiga, perasaan ketakutan,  perasaan terancam serta mempunyai kepercayaan sepenuhnya terhadap pihak pengurusan sekolah.  Sekolah yang selamat akan meningkatkan keyakinan, kepercayaan dan jati diri murid seterusnya dapat meningkatkan pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah diri mereka.

Kementerian Pelajaran telah menyediakan polisi keselamatan yang berupa Arahan Keselamatan dari aspek Pengurusan Keselamatan Aktiviti Murid, Pengurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Krisis dan Bencana, Pengurusan Keselamatan Infrastruktur Sekolah, Pengurusan Keselamatan Dalam Menangani Gejala Sosial dan Pengurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Risiko untuk dilaksanakan di semua sekolah.  

6.0  TAFSIRAN
“Sekolah” dalam arahan ini bermaksud bangunan sekolah dan infrastruktur lain yang termasuklah padang, gelanggang permainan serta kantin yang berada dalam lingkungan kawasan sekolah.

“Warga Sekolah” dalam arahan ini bermaksud pihak berkepentingan di sekolah yang termasuklah pengetua, guru besar, murid, staf sekolah dan ibu bapa.

“Arahan Keselamatan” dalam buku ini bermaksud peraturan dan prosedur yang hendaklah dipatuhi bagi memastikan aspek keselamatan di sekolah dilaksanakan dengan berkesan.
“Sekolah Selamat” bermaksud warga sekolah berada dalam keadaan selamat, terjamin keselamatan dan tanpa gangguan daripada sebarang  elemen pengaruh dan ancaman.

7.0  ELEMEN PERANCANGAN SEKOLAH SELAMAT
Elemen-elemen  bagi menjamin pelaksanaan Sekolah Selamat adalah seperti berikut;

7.1         Perundangan dan peraturan.
7.2         Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
7.3         Penglibatan warga sekolah.
7.4         Perancangan aktiviti.
7.5         Latar belakang warga sekolah.
7.6         Pembangunan staf.
7.7         Kawalan keselamatan sekolah.
7.8         Kepimpinan murid.
7.9       Perkhidmatan kesihatan sekolah.
7.10      Penilaian dan pemantauan.
7.11      Penekanan kepada penghayatan nilai-nilai murni.
7.12      Perkongsian bijak dengan agensi luar.
7.13      Kesedaran komuniti.
7.14      Khidmat masyarakat.
7.15      Kesedaran sosial dan budaya.
8.0  PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN
Bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan dapat dijayakan dengan teratur dan rapi serta mencapai objektifnya, maka tindakan secara holistik di peringkat sekolah perlu diambil dengan mewujudkan satu jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Keselamatan Sekolah

                   CARTA ORGANISASI
                 JAWATANKUASA  KESELAMATAN SEKOLAH

 











 


























A.           PENGURUSAN KESELAMATAN AKTIVITI MURID
           ARAHAN KESELAMATAN DIRI MURID


1.0.        Definisi
Keselamatan terhadap murid di sekolah merupakan aspek yang harus diberi keutamaan. Ini kerana terdapat pelbagai aktiviti melibatkan mereka yang boleh mendatangkan risiko ancaman terhadap keselamatan diri. Fokus arahan keselamatan dalam elemen ini adalah tatacara dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak sekolah bagi menjamin keselamatan murid merangkumi perjalanan pergi dan balik dari sekolah, semasa pengajaran & pembelajaran, aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan, aktiviti lawatan dan perkhemahan serta di asrama.

2.0.        Matlamat
Menjamin keselamatan murid daripada segala bentuk ancaman keselamatan semasa sesi persekolahan.

3.0.        Objektif
3.1         Mengurangkan kes-kes kemalangan semasa murid pergi dan balik dari sekolah.
3.2         Mengurangkan kes-kes kemalangan semasa sesi pengajaran & pembelajaran dan waktu rehat.
3.3         Mengurangkan kes-kes kemalangan semasa aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan.
3.4         Mengurangkan kes-kes kemalangan semasa aktiviti lawatan dan perkhemahan.
3.5         Mengurangkan kes-kes kemalangan murid di asrama.
3.6         Meningkatkan kefahaman tatacara keselamatan kepada semua warga sekolah.

4.0.      Arahan Keselamatan Perjalanan Pergi Dan Balik Dari Sekolah
4.1         Sekolah hendaklah memastikan murid telah diberikan pengetahuan dan pendedahan mengenai undang-undang  dan keselamatan jalan raya/keretapi/bot/feri . 
4.2         Sekolah hendaklah menasihati  murid-murid yang membawa kenderaan ke sekolah  supaya mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan.
4.3         Sekolah hendaklah menasihati murid menggunakan  jaket pantul cahaya ketika menunggang basikal/motosikal dan memakai jaket keselamatan sewaktu berada di dalam bot/feri.
4.4         Sekolah hendaklah menasihati murid mematuhi peraturan jalan raya / keretapi/bot/feri.
4.5         Sekolah hendaklah menasihati murid mematuhi tatacara keselamatan sewaktu menunggu di stesen bas/keretapi dan semasa di dalam bas/keretapi.
4.6         Sekolah hendaklah menasihati murid mematuhi tatacara keselamatan sewaktu menunggu di jeti bot/feri dan semasa di dalam bot/feri.
4.7         Sekolah hendaklah menyediakan tempat yang selamat untuk menurun dan mengambil  murid .
4.8         Sekolah hendaklah menyimpan rekod data cara murid ke sekolah.
4.9         Sekolah hendaklah memastikan papan tanda keselamatan jalan raya ada dipamerkan.
4.10       Sekolah hendaklah melaporkan sebarang kejadian kemalangan yang melibatkan murid kepada pihak yang berkenaan dengan segera.
4.11      Sekolah hendaklah memastikan nombor talian kecemasan dipamerkan dalam kawasan sekolah.
4.12      Sekolah hendaklah menyedia dan mempamerkan tatacara keselamatan pergi dan  balik ke sekolah.
4.13      Sekolah hendaklah melakukan pemeriksaan berkala ke atas kenderaan yang digunakan oleh murid ke sekolah.
4.14      Sekolah hendaklah menetapkan laluan pejalan kaki, laluan kenderaan dan parkir kenderaan yang digunakan oleh murid.
4.15      Sekolah hendaklah melakukan kawal selia sewaktu murid datang dan balik dari sekolah.

5.0.     Arahan Keselamatan Murid Semasa Pengajaran & Pembelajaran Dan Waktu Rehat.

5.1       Sekolah hendaklah memberi arahan tentang keselamatan murid semasa di bilik darjah, makmal, bengkel dan bilik-bilik khas.
5.2       Sekolah hendaklah mengawasi murid sebelum, semasa dan selepas sesuatu aktiviti pengajaran & pembelajaran dijalankan.
            5.3       Sekolah hendaklah merekodkan kehadiran murid semasa aktiviti pengajaran & pembelajaran.
            5.4       Sekolah hendaklah memastikan tatacara penggunaan peralatan pengajaran & pembelajaran yang berisiko dipatuhi.
            5.5       Sekolah hendaklah memastikan peraturan pakaian dipatuhi oleh murid semasa aktiviti pengajaran & pembelajaran di bengkel.
            5.6       Sekolah hendaklah menyimpan rekod keluar masuk murid dari kawasan sekolah semasa aktiviti pengajaran & pembelajaran dijalankan.
            5.7       Sekolah hendaklah memastikan murid tidak berada di kawasan larangan semasa rehat.

6.0         Arahan Keselamatan Murid Semasa Aktiviti Kokurikulum, Sukan Dan Permainan.

6.1         Sekolah hendaklah menyediakan arahan berkaitan keselamatan murid sebelum, semasa dan selepas aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan.
6.2         Sekolah hendaklah membuat pengawasan murid sebelum, semasa dan selepas aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan.
6.3                                 Sekolah hendaklah merekodkan kehadiran murid.
6.4         Sekolah hendaklah memastikan tatacara penggunaan peralatan aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan dipatuhi.
6.5         Sekolah hendaklah memastikan murid mematuhi peraturan  berpakaian semasa melaksanakan aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan.
6.6         Sekolah hendaklah merekodkan pergerakan keluar murid yang menghadiri aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan.
                   
7.0                       Arahan Keselamatan Murid Semasa Aktiviti Lawatan Dan Perkhemahan.
7.1           Sekolah hendaklah menyediakan peraturan keselamatan murid sebelum, semasa dan selepas aktiviti lawatan dan perkhemahan dilaksanakan.
7.2           Sekolah hendaklah mengadakan pengawasan  keselamatan murid sebelum, semasa dan selepas aktiviti lawatan dan perkhemahan dilaksanakan.
7.3           Sekolah hendaklah merekodkan kehadiran  murid sebelum, semasa dan selepas aktiviti lawatan dan perkhemahan dilaksanakan.
7.4          Sekolah hendaklah memastikan tatacara penggunaan peralatan untuk aktiviti lawatan dan perkhemahan dipatuhi oleh murid.
7.5           Sekolah hendaklah memastikan prosedur dan peraturan berkaitan lawatan dan perkhemahan dipatuhi. 
7.6           Sekolah hendaklah memastikan kenderaan yang digunakan untuk  aktiviti lawatan dan perkhemahan berada dalam keadaan selamat.
8.0.                                                        Arahan Keselamatan Murid Di Asrama.

8.1.       Sekolah hendaklah mempunyai data dan rekod keluar masuk murid di asrama.
8.2.       Sekolah hendaklah menyedia dan mempamerkan tatacara keselamatan semasa pergi dan balik asrama.
8.3.       Sekolah hendaklah membuat pemeriksaan berkala dan pemeriksaan mengejut ke atas semua penghuni asrama.
8.4.       Sekolah hendaklah menetapkan kawasan-kawasan larangan di asrama.
8.5.       Sekolah hendaklah menyediakan jadual aktiviti harian dan mempamerkannya.
8.6.       Sekolah hendaklah mengawal selia semua aktiviti murid di asrama.
8.7.       Sekolah hendaklah memastikan pencahayaan mencukupi dalam kawasan  asrama.
8.8.       Sekolah hendaklah menyediakan peraturan berkaitan dengan larangan-larangan lain di asrama.



                       

               
B.           PENGURUSAN KESELAMATAN MENGHADAPI KRISIS DAN BENCANA
ARAHAN KESELAMATAN MURID

1.0                 Definisi
Keselamatan murid dalam menghadapi risiko kemalangan akibat daripada bencana memerlukan perhatian serius kerana ia boleh mengakibatkan kemalangan jiwa dan kemusnahan harta benda sekiranya semua pihak tidak peka dan akur kepada peraturan keselamatan. Kesiapsiagaan pihak sekolah adalah menjadi satu kemestian dalam menghadapi sebarang risiko bencana. Dalam arahan ini, Krisis dan Bencana termasuklah kejadian banjir, kebakaran, tanah runtuh, gempa bumi, jerebu, tsunami atau sebarang bahaya serta kecelakaan yang boleh menimpa warga sekolah.

2.0                 Matlamat
Sekolah sentiasa mempunyai keupayaan dan kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang risiko akibat sesuatu bencana.

3.0         Objektif
3.1         Pihak sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia menghadapi  sebarang krisis dan bencana.
3.2         Mengurangkan kemalangan jiwa dan kemusnahan harta benda jika berlaku sebarang bencana.
3.3         Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menghadapi bencana dan musibah di kalangan warga sekolah.
4.0.      Arahan Keselamatan  Berkaitan Kebakaran.
4.1.      Sebelum.
4.1.1.   Sekolah hendaklah mengadakan ceramah dan latihan kebakaran yang teratur terhadap semua warga sekolah.
4.1.2.   Sekolah hendaklah melakukan pemeriksaan berkala terhadap sistem pendawaian elektrik dan alat pemadam api.
4.1.3.   Sekolah hendaklah memastikan semua peralatan atau bahan yang menggunakan sumber yang boleh menyebabkan kebakaran diselia, diselenggara dan sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.
4.1.4.   Sekolah hendaklah menyediakan pelan laluan kecemasan dan pelan kontigensi ketika menghadapi kebakaran.
4.1.5.   Sekolah hendaklah sentiasa mendapatkan pandangan dan khidmat nasihat pencegahan kebakaran daripada pihak berkuasa yang berkenaan seperti bomba.
4.1.6.   Sekolah hendaklah memastikan tatacara keselamatan berkaitan kebakaran dipamerkan di tempat-tempat yang strategik.
4.1.7.   Sekolah hendaklah mempamerkan nombor talian bantuan kecemasan di papan kenyataan sekolah.

4.2.         Semasa.
4.2.1         Sekolah hendaklah memastikan warganya tidak cemas sekiranya ada tanda-tanda kebakaran yang dilaporkan.
4.2.2         Sekolah hendaklah memastikan semua warganya meninggalkan tempat masing-masing apabila penggera seperti loceng kecemasan berbunyi.
4.2.3         Sekolah hendaklah memastikan semua warganya mematuhi laluan-laluan kecemasan dan tempat-tempat berkumpul seperti yang telah ditetapkan.
4.2.4        Sekolah hendaklah memeriksa dan memastikan jumlah warganya mencukupi seperti rekod kehadiran hari tersebut.
4.2.5         Sekolah hendaklah segera menghubungi bomba bagi membantu mengawal kebakaran.
4.2.6         Sekiranya ada sebarang kecederaan, bantuan kecemasan awal hendaklah diberikan segera dengan menghantar mangsa ke hospital/klinik yang berdekatan.

4.3              Selepas
4.3.1                 Sekolah hendaklah memastikan warga sekolah tidak menghampiri kawasan bekas kebakaran bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini dan kemusnahan barang bukti.
4.3.2                 Sekolah hendaklah menguruskan urusan insuran jika berkenaan.
4.3.3                 Sekolah hendaklah menghubungi ibu bapa/penjaga murid sekiranya ada murid menjadi mangsa kebakaran.
4.3.4         Sekolah hendaklah segera membuat laporan polis tentang kebakaran yang berlaku.
4.3.5         Sekolah hendaklah membuat laporan awal berkaitan kejadian dan dihantar kepada PPD/JPN.
4.3.6         Sekolah hendaklah mendapatkan laporan pihak  berkaitan punca-punca kebakaran dan menyediakan laporan secara keseluruhan untuk dihantar kepada PPD/JPN.
4.3.7         Sekolah hendaklah memastikan kawasan kebakaran dibersihkan setelah siasatan selesai.

5.0.      Arahan Keselamatan Berkaitan Banjir.
5.1.                         Sebelum.
                   5.1.1.             Sekolah hendaklah mendapatkan maklumat berkaitan keadaan cuaca semasa dan memaklumkan kepada warga sekolah yang tinggal di kawasan-kawasan yang sering dilanda  banjir.
                   5.1.2.             Sekolah hendaklah menyediakan pelan tindakan dan pelan kontigensi menghadapi bencana banjir.
                   5.1.3.             Sekolah hendaklah mengenal pasti laluan alternatif yang selamat ke sekolah ketika berlaku banjir.
                   5.1.4.             Sekolah hendaklah memastikan sistem saliran dan perparitan di sekolah sentiasa dalam keadaan baik.
                   5.1.5.             Sekolah hendaklah menyediakan bantuan dan kemudahan kepada calon-calon yang mengambil peperiksaan awam.
                             5.1.6.          Sekolah hendaklah memastikan warga sekolah mengetahui nombor-nombor talian kecemasan untuk dihubungi apabila berlaku banjir.
                             5.1.7.          Sekolah hendaklah mempunyai bekalan jaket keselamatan yang mencukupi.
                             5.1.8.          Sekolah hendaklah memastikan semua dokumen penting disimpan di tempat yang selamat.
                             5.1.9.          Sekolah hendaklah mempunyai peralatan bantuan kecemasan.
5.1.10.     Sekolah hendaklah memastikan arahan pihak berkuasa dipatuhi  pada setiap masa.
                 
5.2             Semasa
5.2.1              Pihak sekolah hendaklah menasihati  murid-murid supaya tidak bermain air  ketika banjir.
5.2.2               Sekolah hendaklah memastikan suis utama elektrik dimatikan.
5.2.3               Sekolah hendaklah memastikan warganya berada di tempat yang selamat sehingga mendapat bantuan daripada pihak berwajib.
5.2.4               Sekolah hendaklah melaporkan segera status keadaan banjir kepada PPD/JPN.
5.2.5               Sekolah hendaklah memastikan arahan pihak berkuasa dipatuhi pada setiap masa.
5.2.6               Sekolah hendaklah mendaftar/merekod warga sekolah yang terlibat dengan banjir.


5.3.        Selepas
5.3.1.             Sekolah hendaklah mendapatkan perkhidmatan kesihatan jika terdapat tanda-tanda penyakit berjangkit semasa musim banjir.
5.3.2.             Sekolah hendaklah menasihatkan warganya untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan.
5.3.3.             Sekolah hendaklah memastikan tebing-tebing di persekitaran sekolah yang berkemungkinan runtuh akibat hujan lebat diperbaiki.
5.3.4.             Sekolah hendaklah memastikan kerja-kerja pembersihan dilakukan sejurus selepas musim banjir.
5.3.5.             Sekolah hendaklah memastikan semua bentuk bantuan persekolahan murid diurus dengan segera.
5.3.6.             Sekolah hendaklah melaporkan segala kerosakan yang berlaku ketika banjir kepada PPD/JPN untuk tindakan segera.


6.0.                                        Arahan Keselamatan Semasa Berlaku Perubahan Cuaca Luar Biasa
6.1.                        Kemarau / Panas Berpanjangan
6.1.1.             Sekolah hendaklah mendapatkan pengesahan daripada pihak   berkuasa berkaitan ancaman kemarau / panas berpanjangan.
6.1.2.             Sekolah hendaklah memastikan murid-murid tidak menjalankan aktiviti di luar bilik darjah setelah mendapat nasihat daripada pihak berkuasa.
6.1.3.             Sekolah hendaklah menasihatkan warganya meminum air secukupnya.
6.1.4.             Sekolah hendaklah menasihatkan warganya mendapatkan pemeriksaan kesihatan sekiranya ada tanda-tanda penyakit.
6.1.5.             Sekolah hendaklah memaklumkan  tentang perubahan cuaca dari masa ke semasa kepada warganya.

6.2.                           Jerebu
6.2.1.             Sekolah hendaklah mengelakkan aktiviti yang boleh mendedahkan murid  kepada keadaan cuaca yang boleh menjejaskan kesihatan mereka.
6.2.2.             Sekolah hendaklah memastikan warganya agar tidak melakukan aktiviti pembakaran secara terbuka dalam kawasan sekolah.
6.2.3.             Sekolah hendaklah menasihatkan warganya menggunakan topeng pernafasan ketika melakukan aktiviti di luar bilik darjah.
6.2.4.             Sekolah hendaklah menasihatkan warganya sentiasa memasang lampu ketika menunggang basikal atau motosikal.
6.2.5.             Sekolah hendaklah sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada  pihak berkuasa berkenaan ancaman jerebu.
6.2.6.             Sekolah hendaklah mengawasi sebarang aktiviti  murid ketika berlaku jerebu.
6.2.7.             Sekolah hendaklah mempunyai data murid yang mempunyai penyakit akibat ancaman jerebu.

6.3           Kilat dan Ribut Petir
6.3.1               Sekolah dilarang menjalankan aktiviti di tempat lapang/terbuka semasa cuaca buruk dan adanya hujan, kilat atau ribut petir.
6.3.2               Sekolah hendaklah memastikan semua aktiviti dihentikan apabila keadaan menjadi gelap kerana hendak hujan.
6.3.3               Sekolah hendaklah memastikan semua warganya  tidak berada berhampiran bahan api, bahan logam, cermin serta tidak berlindung di bawah pokok besar, bangsal terbuka dan kawasan tinggi ketika ribut petir.
6.3.4               Sekolah hendaklah memberikan latihan menghadapi cuaca buruk termasuklah hujan lebat , kilat atau ribut petir.

6.4            Gempa Bumi dan Tanah Runtuh
6.4.1         Sekolah hendaklah memastikan bangunan diperiksa oleh pihak berkuasa bagi menentukan kestabilan strukturnya.
6.4.2        Sekolah hendaklah memastikan tebing-tebing di persekitaran sekolah yang berkemungkinan runtuh akibat hujan lebat diperbaiki dengan segera.
6.4.3         Sekolah hendaklah memastikan warga sekolah diberi latihan menghadapi bencana gempa bumi dan tanah runtuh ( Rujuk Buku Panduan Menghadapi Bencana oleh Bahagian Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri dan Buku Panduan yang diterbitkan oleh UNICEF ).
6.4.4      Sekolah hendaklah memastikan pihak berwajib dihubungi.
6.4.5        Sekolah hendaklah memastikan bantuan diberikan kepada warga sekolah yang tercedera dengan kadar segera.
6.4.6      Sekolah hendaklah melaporkan kejadian kepada PPD/JPN.





C.        PENGURUSAN KESELAMATAN INFRASTRUKTUR SEKOLAH
ARAHAN KESELAMATAN MURID

1.0.      Definisi
Infrastruktur sekolah boleh menjadi ancaman keselamatan sekiranya tidak diurus dengan baik. Pengurusan aspek ini memerlukan pemantauan dan pemeriksaan rapi secara berterusan agar kawasan sekolah menjadi tempat yang selamat dengan suasana persekitaran yang kondusif untuk menjamin keselamatan warganya. Aspek ini termasuklah pemantauan dan penyelenggaraan fizikal bangunan sekolah, pendawaian dan peralatan elektrik, retikulasi air, paip-paip gas, perparitan dan sistem pembentungan, lanskap sekolah, tandas, bilik darjah, bilik-bilik khas, asrama, gelanggang permainan dan persekitaran dalam kawasan sekolah.  

2.0.      Matlamat
            Memastikan semua prasarana yang terdapat di sekolah selamat digunakan oleh warganya.

3.0      Objektif
3.1    Menjadikan kawasan sekolah selamat untuk diduduki oleh semua warga sekolah.
3.2    Memastikan  semua prasarana dan peralatan di  sekolah  berada dalam keadaan selamat untuk diguna.

4.0                 Arahan Keselamatan Fizikal Dan Bangunan Sekolah
4.1         Sekolah hendaklah membuat pemantauan secara berkala fizikal sekolah termasuklah pendawaian/peralatan elektrik  dan struktur bangunan mengikut piawaian JKR.
4.2         Sekolah hendaklah merekod segala tindakan pemantauan, penyelenggaraan dan laporan termasuklah berkaitan struktur fizikal bangunan sekolah, pendawaian dan peralatan elektrik, retikulasi air, paip-paip gas, sistem pembentungan dan sistem perparitan.
4.3         Sekolah hendaklah mengenalpasti dan membuat laporan tentang sebarang kerosakan termasuklah pada struktur fizikal bangunan sekolah, pendawaian dan peralatan elektrik, retikulasi air, paip-paip gas, sistem pembentungan dan sistem perparitan yang berlaku kepada PPD/JPN.
4.4         Sekolah hendaklah meletakkan tanda larangan di tempat-tempat merbahaya dan tidak selamat.
4.5         Sekolah hendaklah memastikan kerja-kerja penyelenggaraan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
4.6         Sekolah hendaklah memastikan arahan-arahan penggunaan prasarana di sekolah dipatuhi oleh warga sekolah.
4.7         Sekolah hendaklah memastikan Pelan Laluan Kecemasan dipamerkan di semua bilik dan tempat yang mudah dilihat.
4.8         Sekolah hendaklah memastikan sistem pencahayaan mencukupi dalam kawasan sekolah.
 5.0     Arahan Keselamatan Berkaitan Penggunaan Tandas

5.1.      Sekolah hendaklah memastikan murid mematuhi arahan-arahan yang dipamerkan menerusi papan tanda yang ada di tandas.
5.2.   Sekolah hendaklah memastikan murid tidak memasuki  tandas jika terdapat orang luar yang mencurigakan/ tidak  dikenali  di dalam atau di luar tandas.
5.3.    Sekolah hendaklah memastikan murid perempuan berteman, manakala murid lelaki berteman jika situasi memerlukan ketika hendak ke tandas.
5.4     Semua murid hendaklah diperingatkan dari semasa ke semasa tentang sebarang peraturan dan kebersihan penggunaan tandas di sekolah.

6.0.      Arahan Keselamatan Penggunaan Kantin

6.1.      Sekolah hendaklah memastikan murid tidak berada di kantin semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.
6.2         Sekolah hendaklah memastikan murid mematuhi arahan-arahan yang telah  ditetapkan oleh pihak sekolah semasa berada di kantin.
6.3         Sekolah hendaklah menjadualkan guru dan pengawas bertugas ketika waktu rehat di kantin.

7.0.     Arahan Keselamatan Penggunaan Makmal, Bengkel, Padang, Setor Sukan Dan Gelanggang

7.1      Sekolah hendaklah memastikan murid mematuhi arahan-arahan keluar masuk  serta  penggunaan  makmal, bengkel, padang, setor sukan dan
           gelanggang sebagaimana yang telah ditetapkan.
7.2.      Sekolah hendaklah memastikan murid mematuhi arahan-arahan cara menggunakan perkakasan/peralatan/bahan kimia di makmal dan bengkel.
7.3.      Sekolah hendaklah memastikan guru sentiasa berada bersama murid semasa mereka berada di makmal/bengkel/padang/setor sukan  serta gelanggang permainan.
7.4.      Sekolah hendaklah memastikan murid menggunakan pakaian yang sesuai semasa menjalankan aktiviti di makmal / bengkel/ padang serta  gelanggang.
7.5.      Sekolah hendaklah memastikan sekiranya berlaku kecemasan / kecederaan – perlu memaklumkan segera kepada PPD/JPN.

8.0.      Arahan Keselamatan Penggunaan Gymnisium/Kolam Renang
8.1.      Sekolah hendaklah  memastikan murid  mematuhi arahan-arahan keluar masuk serta penggunaan gymnisium dan kolam renang sebagaimana yang telah ditetapkan.
8.2.      Sekolah hendaklah memastikan murid mematuhi arahan-arahan cara menggunakan perkakasan/peralatan di gymnisium dan kolam renang.
8.3.      Sekolah hendaklah memastikan guru sentiasa berada bersama murid semasa mereka menjalani latihan di gymnisium dan kolam renang.
8.4.      Sekolah hendaklah memastikan murid menggunakan pakaian yang sesuai semasa menjalankan aktiviti di gymnisium dan kolam renang.
8.5.      Sekolah hendaklah mengambil tindakan segera sekiranya berlaku kecemasan dan kecederaan.
8.6.      Sekolah hendaklah menyediakan laporan lengkap sebarang kes kecederaan kepada pihak PPD/JPN.
8.7.      Sekolah hendaklah meletakkan notis arahan bahawa kawasan gymnisium dan kolam renang sebagai kawasan larangan  jika aktiviti yang dijalankan  tanpa guru atau jurulatih bertauliah khususnya aktiviti di luar jadual yang ditetapkan.

           


















D.           PENGURUSAN KESELAMATAN DALAM MENANGANI GEJALA SOSIAL  
ARAHAN KESELAMATAN MURID


1.0.      Definisi.
Gejala sosial dalam konteks sekolah bermaksud tanda-tanda akan terjadinya sesuatu keburukan segala yang berkaitan tatakelakuan  di kalangan murid. Kementerian Pelajaran amat prihatin dengan gejala ini. Di antara isu gejala sosial dalam kalangan murid termasuklah buli dan pelacoan, keharmonian kaum, gangguan seksual dan gangguan emosi .

2.0.      Matlamat.
Sekolah dapat menangani dan mengurangkan kes-kes gejala sosial serta dapat mendidik tingkahlaku yang baik dalam kalangan warga sekolah.

3.0.      Objektif.
3.1         Memastikan sekolah membuat tindakan yang betul dan tepat dalam menangani kes gejala sosial.
3.2         Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam menangani kes gejala sosial yang berlaku dalam kalangan warga sekolah.
3.3                                 Murid dapat menyalurkan maklumat mengikut saluran yang betul.
3.4                                 Mendidik  murid  agar menghormati hak orang lain.
3.5                                 Memastikan semua tindakan mengikut prinsip keadilan.

4.0                                 Arahan Keselamatan Menangani Gejala Sosial.
4.1         Sekolah hendaklah sentiasa memberi peringatan dan maklumat berkaitan perlakuan gejala sosial dalam kalangan murid serta tindakan yang dikenakan kepada pihak terlibat.
4.2         Sekolah hendaklah sentiasa menasihatkan semua murid agar sentiasa bergerak dalam kumpulan di mana-mana lokasi di dalam dan di luar sekolah.
4.3         Sekolah hendaklah memastikan tiada unsur-unsur buli dan gengsterisme berlaku dalam kalangan murid.
4.4         Sekolah hendaklah memastikan setiap lokasi di sekolah berada dalam kawalan dan tidak menjadi tempat berpontensi berlakunya gejala sosial.
4.5         Sekolah hendaklah memastikan warganya sentiasa peka dan prihatin terhadap perlakuan gejala sosial dalam kalangan murid.
4.6         Sekolah hendaklah mengenal pasti bentuk gangguan emosi yang dihadapi murid berkenaan dan memberikan segala khidmat bantuan yang diperlukan.
4.7         Sekolah hendaklah memastikan murid yang berisiko dikenal pasti untuk diambil tindakan.
4.8         Sekolah hendaklah memastikan setiap warganya diberi ruang dan peluang untuk membuat aduan dan mendapatkan pengadilan.
4.9         Sekolah hendaklah sentiasa peka dengan sebarang maklumat gejala sosial yang melibatkan murid.
4.10                              Sekolah hendaklah menyediakan peti  aduan  di sekolah.
4.11      Sekolah hendaklah menjalankan program pencegahan gejala sosial kepada murid.
4.12      Sekolah hendaklah menjalankan program intervensi dan pemulihan kepada murid-murid yang terlibat.
4.13      Sekolah hendaklah menjalankan pemantauan secara berkala terhadap perlakuan gejala sosial dalam kalangan murid.
4.14      Sekolah hendaklah merekodkan salahlaku murid secara sistematik menerusi Sistem Salahlaku Disiplin Murid ( SSDM  atau e-Disiplin ).

5.0                                 Arahan Keselamatan Keharmonian Kaum Di Sekolah
5.1         Sekolah hendaklah memastikan tidak wujud unsur-unsur yang boleh menimbulkan rasa salah faham antara kaum dalam kalangan murid dan warga sekolah.
5.2         Sekolah hendaklah mengadakan program kefahaman silang budaya dalam kalangan murid dan warga sekolah ( Program RIMUP).
5.3         Sekolah hendaklah sentiasa mengkaji dan menilai program-program yang berbentuk perpaduan kaum dan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.
5.4         Sekolah hendaklah membuat tindakan serta merta dalam menyelesaikan perselisihan antara kaum dalam kalangan murid dan warga sekolah.
5.5         Sekolah hendaklah memastikan program-program dan aktiviti yang dilaksana di sekolah mematuhi garis panduan dan prinsip-prinsip  integrasi dan perpaduan nasional.
5.6         Sebarang pertikaian atau permasalahan yang boleh mencetuskan hubungan antara kaum dalam kalangan warga sekolah perlu ditangani secara bijaksana, adil dan profesional serta boleh melibatkan pihak-pihak berkuasa yang berkaitan termasuk PIBG.

                                        














E.           PENGURUSAN KESELAMATAN DALAM MENGHADAPI RISIKO
           ARAHAN KESELAMATAN MURID

1.0.      Definisi
Risiko didefinisikan sebagai sesuatu kemungkinan atau bahaya yang akan berlaku  dan menyebabkan kerugian  atau mendatangkan kesan yang kurang menyenangkan. Risiko dalam arahan ini bermaksud apa-apa sahaja keadaan dan situasi di luar kawasan sekolah yang boleh mendatangkan bahaya, ancaman, kecederaan dan kehilangan nyawa. Pengurusan ancaman risiko yang bersistematik dan mantap dapat membantu pihak sekolah mengambil tindakan bagi mengelakkan kerugian  atau kesan yang kurang menyenangkan. Kawasan, keadaan atau situasi berisiko dalam arahan ini termasuklah kawasan sungai, laut, air terjun, longkang besar,  lombong, tasik, paya, kolam kumbahan, kolam, jalan raya, lebuh raya, landasan keretapi, pencawang elektrik, tanah runtuh, tanah mendap, jalan denai,  belukar, semak samun, titi gantung, jambatan usang, bangunan terbiar, rumah kosong, bangunan terbengkalai dan kawasan dalam  pembinaan.

2.0.      Matlamat
Semua warga sekolah sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan semasa berada di dalam dan luar kawasan sekolah.
                   
1.0                               Objektif
1.1               Mendidik  murid  memahami  dan  sentiasa  bersedia  untuk   bertindak
sebelum dan semasa  menghadapi sebarang ancaman dan risiko.
1.2              Melahirkan murid berkeperibadian unggul menerusi pemupukan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkekalan dalam aspek keselamatan.
1.3              Mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat khususnya dalam lingkungan perjalanan murid ke sekolah.
1.4              Meningkatkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dalam program keselamatan sekolah.

4.0.        Arahan Keselamatan Menghadapi Risiko Kemalangan dan Ancaman Keselamatan

4.1.        Sekolah hendaklah mempunyai rekod data murid yang melalui kawasan berisiko.
4.2.        Sekolah hendaklah memastikan murid diberi maklumat tentang risiko yang bakal dihadapi semasa melalui kawasan berkenaan.
4.3.        Sekolah hendaklah memastikan semua murid dimaklumkan dengan langkah keselamatan yang perlu dipatuhi ketika melalui kawasan berkenaan.
4.4.        Sekolah hendaklah memastikan murid dibekalkan dengan nombor talian kecemasan ( 999 ) jika ada murid yang mengalami risiko berkenaan.
4.5.        Sekolah hendaklah melaporkan sebarang kejadian yang tidak diingini di kawasan berisiko kepada pihak berkenaan dengan segera.
4.6.        Sekolah hendaklah memastikan pelan kawasan berisiko dipamerkan di kawasan sekolah.
4.7.        Sekolah hendaklah sentiasa menasihatkan murid sentiasa berjalan dalam kumpulan sekurang-kurangnya tiga orang.
4.8.        Sekolah hendaklah sentiasa menasihatkan murid berwaspada atau mengelakkan diri daripada orang yang tidak dikenali.
4.9.        Sekolah hendaklah sentiasa menasihatkan murid agar mengelakkan diri daripada aktiviti yang tidak sihat ( lepak, pergaduhan dan sebagainya).
4.10.     Sekolah hendaklah menyediakan panduan tindakan untuk warga sekolah dan ibu bapa ketika menghadapi ancaman/kecemasan.


PENUTUP
Sesungguhnya menjadi harapan Kementerian Pelajaran Malaysia agar semua pihak  khususnya warga sekolah menyambut baik arahan serta tatacara keselamatan sekolah ini dilaksanakan di semua sekolah agar institusi pendidikan di negara ini dapat berfungsi sebagai tempat mendidik serta menimba ilmu yang selamat dan kondusif. Dengan pelaksanaan arahan dan tatacara keselamatan sekolah ini, ibu bapa serta masyarakat akan berasa lebih yakin dengan sistem persekolahan di negara ini yang boleh memacu kecemerlangan anak-anak mereka ke tahap kegemilangan.

PANDUAN PIAWAIAN KESELAMATAN SEKOLAH
PENARAFAN KENDIRI SEKOLAH



1.0    PENGENALAN
           

Program Sekolah Selamat telah mula dilaksanakan bermula tahun 2002 bagi tujuan mewujudkan pesekitaran sekolah yang selamat. Program ini telah dilaksanakan dalam bentuk pertandingan dan mendapati tidak semua sekolah yang terlibat dalam pertandingan tersebut. Seperti mana yang sedia kita maklum bahawa isu keselamatan merupakan isu yang tidak boleh dikompromi kerana ia boleh mengancam nyawa serta harta benda sekolah. Oleh itu semua sekolah perlu terlibat dalam usaha ini. Pihak sekolah hendaklah memastikan semua warganya sentiasa sedar dan peka tentang kemungkinan berlakunya sesuatu insiden ke atas diri mereka sama ada di dalam atau di luar sekolah.    Kementerian Pelajaran  berpendirian  bahawa keselamatan dan kebajikan warganya  hendaklah sentiasa diberi keutamaan dalam setiap aktiviti, konsisten dan berterusan.

Bagi memastikan keselamatan sekolah sentiasa berada pada tahap memuaskan serta terjamin, Kementerian Pelajaran telah mengubal satu mekanisme penarafan keselamatan yang standard dinamakan Piawaian Keselamatan Sekolah (PKS) untuk diguna pakai di semua sekolah. Instrumen Piawaian Keselamatan Sekolah  akan digunakan oleh Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah semasa menjalankan pemantauan dan penyeliaan keselamatan di sekolah. Pihak sekolah juga dikehendaki menggunakan instrumen ini untuk melakukan penarafan kendiri. Instrumen PKS adalah mekanisme yang bertujuan untuk membuat penilaian dan piawaian tahap keselamatan sekolah. Instrumen ini mengandungi 70 item daripada 5 aspek keselamatan yang hendak dinilai. Setiap item perlu diberi skor yang telah ditetapkan dan skor yang dipilih hendaklah berasaskan kepada data dan maklumat yang betul dan tepat.

2.0       RASIONAL
2.1         Warga sekolah dewasa ini terdedah dengan isu-isu dan ancaman keselamatan dari aspek semasa pelaksanaan aktiviti murid, infrastruktur sekolah, sosialisasi warganya, ancaman semasa krisis  dan bencana serta risiko yang mungkin dihadapi. Justeru itu, arahan-arahan keselamatan perlu diwujudkan supaya amalan menjaga keselamatan dijadikan sebagai budaya dalam kehidupan seharian.

2.2         Keselamatan dan kebajikan warga sekolah perlu diberi keutamaan dalam sebarang perancangan dan pelaksanaan aktiviti serta tidak boleh dikompromi. Oleh itu, warga sekolah perlu diberi pemahaman tentang kepentingan keselamatan dan penyediaan strategi atau langkah-langkah tertentu untuk mengawasi keselamatan mereka.

2.3         Semua sekolah perlu membuat penarafan kendiri dengan menggunakan Instrumen Piawaian Keselamatan Sekolah  bagi mengukur dan menilai tahap keselamatan sekolah masing-masing.
3.0       MATLAMAT
Semua warga sekolah dapat membudayakan amalan keselamatan sama ada di sekolah atau semasa di luar sekolah.

4.0       OBJEKTIF
4.1         Semua warga sekolah sentiasa sedar dan peka  terhadap kemungkinan  yang boleh menyebabkan berlakunya kejadian yang tidak diingini ke atas diri mereka.

4.2         Sekolah dapat mengambil langkah proaktif dalam usaha menjamin keselamatan warganya dan dapat merancang strategi untuk mengatasi sesuatu ancaman keselamatan atau bahaya.

4.3         Agar sekolah dapat merancang dan melaksanakan arahan-arahan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan seterusnya dapat membudayakan amalan keselamatan.

5.0      PELAKSANAAN
5.1     INSTRUMEN PIAWAIAN KESELAMATAN SEKOLAH
            5.1.1   Instrumen ini terdiri daripada lima aspek yang dinilai.
                        a.         Pengurusan Keselamatan Aktiviti Murid
                        b.         Pengurusan Keselamatan Infrastruktur Sekolah
                        c.         Pengurusan Keselamatan Dalam Menangani Gejala Sosial
                        d.         Penurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Krisis dan
                                 Bencana
e.    Pengurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Risiko Ancaman

5.1.2     Setiap aspek diperlihatkan melalui satu senarai item.
5.1.3     Format Instrumen Piawaian Keselamatan Sekolah mengandungi empat lajur bagi setiap aspek seperti ditunjukkan dalam Jadual 1.
a.         Lajur pertama    :  No. Aspek
b.         Lajur kedua        :  Aspek yang dinilai
c.         Lajur ketiga         :  Item bagi aspek yang dinilai
d.         Lajur keempat    :  Skor sekolah yang mengandungi  
                                          sub lajur ( 0, 1, 2  )   
Jadual 1   

Bil

Aspek

Item
Skor Sekolah
0
1
2
TB









5.1.4     Penentuan Skor Item 
a.   Penentuan skor bagi setiap item dibuat dengan menandakan            ( / )  pada lajur berkenaan.
b.        Penentuan    skor    item   dibuat    berdasarkan      pertimbangan
         profesional. Panduan penentuan skor seperti dalam Jadual 2.
Jadual 2  :  Panduan Penentuan Skor

Skor

Deskripsi ( Tahap Pelaksanaan )

0

Tiada  ( 0 % )


1

Sebahagian kecil arahan-arahan keselamatan dapat      dilaksanakan ( 1% - 50% )


2

Sebahagian besar arahan-arahan keselamatan dapat dilaksanakan   ( 51 % - 100 % )


c.     Bagi pengiraan skor aspek Pengurusan Aktiviti Murid  yang bertanda   *
i.                     Arahan Keselamatan murid Dari Aspek Pergi dan Balik Sekolah (item iii, iv, vi, viii)
ii.                    Arahan Keselamatan Murid Semasa Aktiviti Lawatan Dan Perkhemahan (item vii)
iii.                  Arahan Keselamatan Murid Di Asrama (item i – viii)

Hendaklah mengambil kira perkara berikut :-
·                     Wajaran bagi aspek berkenaan ialah 50 %
·                     Penentuan skor tidak dibuat bagi item yang tidak berkenaan dan tandakan Tidak Berkenaan (TB) pada lajur terlibat.


·         Contoh Pengiraan :

Bagi Aspek 1 (Pengurusan Keselamatan Aktiviti Murid) untuk mendapat Jumlah Skor,  hanya item yang berkaitan sahaja dikira dan didarabkan dengan dua, manakala item yang ditanda TB tidak diambil kira.

Formula Pengiraannya:

      SKOR DIPEROLEHI       X  WAJARAN = PERATUS PENCAPAIAN
         JUMLAH SKOR
(jumlah item berkenaan x 2)


5.1.5     Rumusan Skor
Kesemua skor yang diperolehi bagi setiap item dirumuskan dalam Jadual Rumusan Skor Piawaian Sekolah Selamat seperti di Jadual 3.
Jadual 3  :  RUMUSAN SKOR PIAWAIAN SEKOLAH SELAMAT








BIL.
ASPEK
WAJARAN
SKOR PENUH
SKOR DIPEROLEHI
PERATUS PENCAPAIAN

1
Pengurusan Keselamatan Aktiviti Murid
50%
Jumlah item berkaitan x 2
0
0.00

2
Pengurusan Keselamatan Infrastruktur Sekolah
20%
28
0
0.00

3
Pengurusan Keselamatan Dalam Menangani Gejala Sosial
10%
14
0
0.00

4
Penurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Krisis dan
Bencana
10%
14
0
0.00

5
Pengurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Risiko Ancaman
10%
14
0
0.00

JUMLAH
100%
140
0
0.00

CARA PENGIRAAN;






PERATUS PENCAPAIAN  = SKOR DIPEROLEHI    X   WAJARAN


                                                  JUMLAH SKOR







BIL.
ASPEK
PERATUS PENCAPAIAN
1
Pengurusan Keselamatan Aktiviti Murid
SKOR DIPEROLEHI  X  50  =  PERATUS PENCAPAIAN
 # JUMLAH SKOR
2
Pengurusan Keselamatan Infrastruktur Sekolah
SKOR DIPEROLEHI  X  20  =  PERATUS PENCAPAIAN
             28
3
Pengurusan Keselamatan Dalam Menangani Gejala Sosial
SKOR DIPEROLEHI  X  10  =  PERATUS PENCAPAIAN
             14
4
Penurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Krisis dan Bencana
SKOR DIPEROLEHI  X  10  =  PERATUS PENCAPAIAN
             14
5
Pengurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Risiko Ancaman
SKOR DIPEROLEHI  X  10  =  PERATUS PENCAPAIAN
             14
JUMLAH % PENCAPAIAN

            # Jumlah item berkenaan x 2.


5.1.6     Piawaian Sekolah
Penarafan Piawaian Keselamatan Sekolah dibuat berdasarkan Peratus Pencapaian seperti di Jadual 4.
Jadual 4  :  PENARAFAN PIAWAIAN SEKOLAH

BIL

PERATUS PENCAPAIAN

PIAWAIAN SEKOLAH

1

80 -100

SEKOLAH SELAMAT

2

50 - 79

MEMERLUKAN PENINGKATAN TAHAP KESELAMATAN SEKOLAH

3

0 - 49

PERHATIAN KHUSUS TERHADAP KESELAMATAN SEKOLAH

No comments:

Post a Comment