Monday 31 December 2012

PERHIMPUNAN RASMI


                                                                           Rujukan : SMKS4KD(2)06/04/001 Bil(12)
                                                                            Tarikh   : 5 Januari 2009
                                                                                    

Semua Guru/Staf
SMK Seksyen 4 Kota Damansara

Tuan/Puan,

MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH (Bil.1/2007)

Sukacita dimaklumkan bahawa di atas merupakan acara rasmi (formal) yang diadakan pada hari persekolahan setiap hari Isnin. Bagi sesi pagi dan petang, perhimpunan diadakan pada waktu pertama. Kehadiran dan penyertaan tuan/puan dalam majlis tersebut adalah wajib.

2. Ketika perhimpunan rasmi diadakan, tuan/puan diminta berada di tapak perhimpunan dalam kedudukan seperti berikut:-

                        2.1 Duduk di barisan hadapan
                                    - Pentadbir sekolah, Kaunselor, S/U Akademik, S/U Peperiksaan,
  Guru Media.
                        2.2 Duduk di barisan kedua dan ketiga
                                    - Ketua Panitia dan Ketua Unit
                        2.3 Duduk di baris belakang
                                    - Guru-guru yang lain (sekiranya tiada ruang di barisan hadapan)

3. Susunan perjalanan majlis perhimpunan rasmi adalah seperti berikut:-

                        3.1  Pelajar masuk barisan.
                        3.2  Guru-guru dan pentadbir mengambil tempat.
                        3.3  Pemimpin pelajar bertugas memulakan majlis.
                        3.4  Lagu Negaraku.
                        3.5  Lagu Kebangsaan Negeri Selangor.
                        3.6  Bacaan Rukun Negara dan Ikrar sekolah oleh pelajar-pelajar dipimpin
       oleh Ketua Pemimpin Pelajar.
3.7  Pemimpin Pelajar Bertugas membacakan pengumuman.
3.8  Ulasan pengawasan oleh Guru Bertugas minggu lalu.
3.9  Guru Bertugas menyampaikan pesanan dan pengumuman (jika perlu)
3.10 Pengumuman/penyampaian hadiah (sijil daripada guru-guru
        berkenaan (jika perlu)).
3.11 Penerangan ringkas lima minit tentang disiplin oleh SU/PSU    
        Disiplin/HEM/Kaunselor/KU Disiplin (jika perlu).
3.12 Ucapan Penolong Kanan/ Penolong Kanan HEM/ Penolong Kanan
        Koko.
3.13 Ucapan Pengetua/ Penyelia Petang.
3.14 Nyanyian lagu sekolah.
3.15 Bersurai.

4. Memandangkan majlis perhimpunan rasmi ialah acara rasmi mingguan peringkat sekolah dan masa yang diperuntukan juga terhad, maka semua pihak diminta memandang serius dan melibatkan diri dengan penuh rasa tanggungjawab semasa perhimpunan rasmi diadakan. Tuan/Puan diharap dapat menunjukkan contoh dan teladan yang terbaik kepada para pelajar khusunya ke atas perkara-perkara berikut:-

                        4.1 Menepati masa.
                        4.2 Berpakaian rasmi dengan kemas, Pentadbir dan Guru-guru digalakkan
      memakai blazer.
4.3 Tidak berbual semasa pengumuman atau ucapan disampaikan.
4.4 Sekiranya tuan/puan terlibat dengan pengurusan acara yang dijalankan,
      sila beri komitmen yang tinggi agar tidak menampakkan sebarang
      kecacatan.

5. AJK Perhimpunan hendaklah membuat persiapan awal bagi memastikan perhimpunan berjalan lancar dan sempurna serta tidak membazir masa dengan dibantu oleh:-
                       
                        5.1 Guru disiplin bertugas hendaklah memastikan pelajar masuk barisan
      dalam keadaan berdisiplin, senyap dan teratur dan berpakaian lengkap
      mengikut arahan di dalam buku Peraturan sekolah.
                        5.2 Ketua Unit MPM hendaklah memastikan tugas-tugas Pemimpin   Pelajar dilaksanakan dengan baik dan sempurna.
                        5.3 Penyelaras/Penolong penyelaras Siaraya hendaklah memastikan
      peralatan audio disediakan lebih awal dan berfungsi dengan baik.
5.4 Guru Bertugas memastikan keseluruhan perhimpunan berjalan dengan   
      lancar dan sempurna termasuk penyediaan alat-alat, kaset lagu,
      bendera dan sebagainya.
5.5 Segala pengumuman/pesanan daripada guru hendaklah jelas, ringkas
      dan padat serta tidak melampaui sekurang-kurangnya 10 minit
      terakhir iaitu peruntukan masa bagi ucapan Pengetua/Penyelia
      Petang,melainkan dengan keizinan Pengetua/Penyelia Petang.

6. Semoga makluman ini dapat menjadi panduan yang jelas tentang majlis perhimpunan rasmi sekolah. Semua pihak diharap dapat mengambil perhatian yang sewajarnya ke atas perkara-perkara yang dinyatakan di dalam makluman ini.

7. Ketetapan makluman ini adalah berkuat kuasa mulai sesi persekolahan 2008. Sebarang pindaan ke atas makluman ini dan pembatalan ke atas majlis perhimpunan rasmi yang sepatutnya diadakan setiap minggu akan diberitahu dari masa ke semasa.





Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUKNEGARA”

Saya yang menurut perintah,


……………………………………..
( Salehah bt Mohd Amin )
Pengetua,
SM Seksyen 4,
Kota Damansara



No comments:

Post a Comment