
1. Memiliki,
memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian mata
pelajaran yang berkenaan.
2. Memahami
dan mematuhi Pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata
pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus
dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus
dicapai tiap penggal bagi tiap tingkatan.
3.
Mempunyai sebuah
Buku Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada Pengetua pada masa
yang ditetapkan.
Buku Rekod Mengajar:-(Akta 1996:PU(A)531,Per7,8,9)
3.1.Setiap
guru akan diberi sebuah Buku Rekod Mengajar dan bertanggungjawab terhadap
keselamatan buku tersebut. Semua butiran perlu dilengkapkan dan Buku Rekod ini
hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari Jumaat setiap minggu untuk disemak
dan ditandatangani oleh Pengetua / Penolong Kanan. (Sila rujuk pada Surat
Pekeliling Iktisas Bil 3/1999. ) Pada awal tahun Buku Rekod perlu dihantar pada
akhir Januari .
Per. 7: Sukatan terkini/Huraian
Sukatan Pelajaran/Rancangan mengajar dan mempunyai senarai nama murid dalam satu
kelas.


Per11(1): Guru hendaklah mengajar mengikut
sukatan yang
diluluskan dan format
rancangan harian
* Penalti pelanggaran Peraturan
7-8 RM500.00
Penalti pelanggaran
Peraturan 11(1)-RM5000.00
3.2. Jika seseorang
guru bercuti, buku tersebut hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan.
3.3. Buku
Rekod
mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun persekolahan.
3.4. Buku
ini mestilah sentiasa dikemaskini dan sentiasa dibawa bersama-sama guru ketika
mengajar.
3.5. Buku Rekod Mengajar ini akan diperiksa dan
disemak pada bila-bila masa oleh Pengetua, Nazir Sekolah, Pegawai-pegawai dari
Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Selangor dan Kementerian Pelajaran.
3.6
*Sekiranya Buku Rekod mengajar tidak dihantar ke pejabat selama tiga
minggu berturut-turut, memo akan dihantar seterusnya jika masih tidak hantar
tindakan tatatertib akan diambil.
4. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata
pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun / sepenggal / seminggu
/ harian dan melaksanakan pengajarannya mengikut Rancangan Pelajaran yang
disediakan.

6.
Buku Kawalan Kelas perlu diisi dengan lengkap. Pastikan setiap kali masuk ke kelas kehadiran murid
diperiksa dan dicatat. Sekiranya terdapat pelajar ponteng segera buat laporan
kepada guru disiplin untuk tindakan segera. Murid tidak dibenarkan keluar
semasa pengajaran dan pembelajaran
dijalankan.. Pas keluar perlu digunakan sekiranya murid hendak ke tandas
7.
Guru mata
pelajaran waktu pertama perlu mencatat
kehadiran murid dalam slip kehadiran dan meminta ketua pemimpin kelas
menghantar ke pejabat pada akhir waktu pertama.
8.
Meminta murid
mencatat latihan kerja rumah dalam buku catatan dan memastikan ditandatangani
oleh ibubapa.
9.
Menyerahkan / menunjukkan
buku latihan murid kepada Pengetua/ wakilnya pada masa yang dikehendaki.
10.
Menjalankan Ujian
Bulanan dan Penilaian kepada murid. Merekodkan soalan-soalan dan keputusan
ujian dalam Buku Rekod Mengajar.
11. Mengesan kelemahan murid
dan menjalankan kelas pemulihan / bimbingan.
12. Menjadi ahli dalam
Panatia Mata Pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan
mesyuarat Panitia.

13. Guru mata pelajaran harus
menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pelajaran / Jabatan Pelajaran dan Pejabat Pelajaran Daerah.
14. Memastikan keselamatan
murid di makmal / bengkel KH / Bilik ERT / Sains Pertanian serta mengawasi
penggunaan peralatan.
15. Menghadiri mesyuarat /
taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan sama ada yang dikelolakan oleh
Kementerian Pelajaran / Jabatan Pelajaran Negeri / PPD. Menyampaikan semula
maklumat kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama.
16. Sentiasa mengikut
perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi mata pelajaran
berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
17. Melaporkan kepada Guru
Kanan mata pelajaran tentang masalah pengajaran dan pembelajaran untuk tindakan
selanjutnya.
18 . Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat
bantuan mengajar yang digunakan, memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar
digunakan secara meluas. Bertanggungjawab dalam menambahkan alat bantuan mengajar
bagi memperkayakan Pusat Sumber Sekolah.
19. Mengadakan sudut-sudut
mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar.
20.
Membantu
menguruskan Bank Soalan.

21. Menjalankan tugas seorang
kaunselor dan seorang guru disiplin.
22.
Bekerja sebagai
‘Team player’.
Pengendalian
P & P di Kelas
1. Guru-guru
dinasihatkan supaya tidak duduk semasa mengajar.
2. Waktu
mengajar mestilah digunakan sepenuhnya untuk menyampaikan bahan pelajaran.
3. Memeriksa
buku latihan dan kertas jawapan tidak harus dilakukan di dalam bilik darjah
iaitu semasa mengajar melainkan untuk memberikan bimbingan dan perhatian
terhadap pelajar-pelajar.
4. Tugas
guru bukan sahaja untuk menyampaikan pengajaran tetapi turut bertanggungjawab
mengawal disiplin kelas dan menyelia 3K – Kebersihan, Kesihatan dan
Keselamatan kelas.
5. Semua
hasil kerja pelajar hendaklah disemak dan diperiksa. Tandatangan guru dan
tarikh semakan atau pemeriksaan hendaklah dicatat dalam buku latihan / kerja
pelajar setiap kali kerja semakan atau pemeriksaan dibuat.
Pelajar menulis indeks di
awal buku.
6. Kerja
bertulis dan kerja rumah mesti diberi secukupnya bagi semua mata pelajaran yang
terdapat dalam satu-satu minggu. Jumlah kerja bertulis, latihan, ujian atau kerja
rumah akan ditentukan dalam Mesyuarat Panitia mata pelajaran. Penolong Kanan /
Ketua Panitia akan menjalankan LMK dua kali setahun dengan menggunakan borang
LMK.

7. Guru
yang menjalankan kerja ganti (relief) diminta mangajar mata pelajaran yang terdapat
dalam jadual atau mengajar mana-mana tajuk yang berfaedah pada pelajar. Sila
gunakan bahan relief atau sumber-sumber lain sedia ada.
8. Pelajar
tidak dibenarkan keluar pada waktu pertama dan waktu akhir kecuali kecemasan.
Pada waktu-waktu lain pelajar hanya dibenarkan keluar dengan mengunakan pas
keluar. Setiap guru bertanggung jawab sentiasa membawa pas keluar bersama
semasa P & P
9. Setiap
guru mestilah menentukan bahawa pelajar dalam kelasnya adalah sama dengan
bilangan yang tercatat sebelum memulakan sesuatu pengajaran. Sila catatkan butiran
dalam buku kawalan kelas. Buku ini
merupakan bahan rujukan penting dalam menyelesaikan masalah ponteng kelas dan
apa jua masalah lain yang berkaitan.
10. Guru yang menggunakan Makmal Sains, Makmal
Komputer dan Pusat Sumber mestilah menjaga kebersihan dan keselamatan
bilik-bilik tersebut serta memastikan pelajar mematuhi peraturan menggunakan
bilik-bilik khas ini. Sebelum itu guru-guru wajib memastikan kelas-kelas yang
tinggalkan bersih dan teratur.
11. Guru-guru
mata pelajaran waktu akhir kedua-dua sesi perlu mengambil masa selama 10 minit
untuk para pelajar bersama-sama membersihkan kelas dan membuang sampah sebelum
meninggalkan kelas untuk pulang

12. Jadual waktu Nilam dperuntukkan bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk penggunaan Pusat Sumber.
KELAS TAMBAHAN
1.
Guru-guru mata pelajaran, terutamanya bagi kelas-kelas peperiksaan, digalakkan mengadakan kelas tambahan bagi
mata pelajaran yang dirasakan perlu untuk mempertingkatkan pencapaian akademik
murid-murid. Pihak sekolah mengalu-alukan guru yang mempunyai inisiatif sendiri
dalam mengadakan kelas tambahan tersebut.
2.
Guru-guru dikehendaki memaklumkan mengenai kelas tambahan yang akan diberi kepada ibubapa/ penjaga.
3. Butir-butir hendaklah diisi di dalam Buku
Rekod Kelas Tambahan yang boleh didapati di pejabat.
4. Murid-murid dikehendaki memakai pakaian
seragam sekolah semasa menghadiri kelas
tambahan tersebut
GURU
GANTI
1. Selain dari mengajar mengikut jadual waktu
yang telah ditetapkan, guru-guru juga dikehendaki mengganti kelas guru-guru
yang tidak hadir kerana sebab-sebab kesihatan atau kerana menjalankan
tugas-tugas rasmi di luar sekolah.

2.
Tugas mengganti kelas guru-guru berkenaan adalah RASMI.
Guru yang diarahkan untuk menjalankan tugas WAJIB melaksanakannya.
3.
Guru yang menggantikan kelas perlu mencatatnya di dalam
Buku Persediaan Mengajar.
4.
Guru-guru yang ditugaskan menjalankan kerja ganti
disyorkan memenuhkan masa murid-murid seperti berikut:-
a. Mengajar mata pelajaran
sendiri sekiranya guru mengajar kelas berkenaan
b. Memberi kerja-kerja
bertulis kepada murid-murid jika guru mengajar mata pelajaran yang sama. Guru
mata pelajaran yang tidak hadir bertanggungjawab memeriksa kerja tersebut.
c. Mengarahkan murid membuat
kerja yang ditugaskan / ditinggalkan oleh guru yang tidak hadir.
d. Berbincang
perkara-perkara umum dan berfaedah dengan murid-murid seperti disiplin, etika
dan hal-hal semasa.
e. Memberi bimbingan,
kaunseling dan motivasi kepada murid-murid.
5.
Guru yang sengaja duduk di dalam kelas, membuat kerja
sendiri tanpa mengendahkan murid-murid adalah tidak wajar dan tidak digalakkan.

(seperti Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981)
1.
Guru-guru di sekolah biasanya mempunyai waktu-waktu tidak mengajar
/waktu luang (free period) seperti yang
ditetapkan dalam jadual waktu mengajar masing-masing. Didapati ada sebahagian
kecil guru-guru menganggapnya masa tidak bekerja. Anggapan ini adalah salah dan
perlu diperbetulkan.
2.
Oleh itu tuan/puan diingatkan bahawa waktu tidak mengajar / waktu luang (free period) itu adalah masa
bekerja.
3. Tuan/Puan dikehendaki menggunakan masa ini
untuk :-
(i)
menggantikan guru yang tidak hadir mengajar di sesebuah
kelas.
(ii)
Membuat persediaan-persediaan untuk mengajar seperti
membaca buku tambahan, membuat nota mengajar, menyediakan alat-alatan mengajar
dan sebagainya.
(iii)
Memeriksa buku latihan murid-murid.
(iv)
Mengadakan
pertemuan khas dengan murid bermasalah pelajaran yang diajar.
(v)
Penyediaan aktiviti-aktiviti gerakerja kokurikulum.
(vi)
Lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh
Pengetua.

4.
Tegasnya, waktu tidak mengajar itu mestilah diisi dengan
kerja-kerja yang memberi faedah
kepada murid-murid, khasnya dan sekolah, amnya.
Surat Yang Diterima
1 Ada surat yang diterima oleh sekolah yang
terpaksa diedar kepada guru untuk diambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah
mengambil tindakan segera terhadap surat-surat tersebut.
2 Jika surat itu ditujukan kepada guru
dengan pernyataan melalui dan salinan kepada Pengetua, surat itu boleh
disimpannya sendiri setelah mengambil tindakan.
3 Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua
dan Pengetua mengedarkannya untuk tindakan guru yang berkenaan, maka guru itu
hendaklah :
16.3.1 Mengambil fail yang berkenaan di pejabat
jika fail itu tidak ada dalam
simpanannya.
16.3.2 Mengambil
tindakan yang diperlukan.
16.3.3 Menfailkan semua surat atau lampiran
berkaitan.
16.3.4 Memulangkan semua fail itu ke pejabat untuk disimpan.
No comments:
Post a Comment