Monday 31 December 2012

KAD PINTAR


                                                      
Semua Guru/Staf
SMK Seksyen 7 Shah Alam

DAFTAR KEHADIRAN STAF MENGGUNAKAN KAD IMBASAN ELEKTRONIK


 Kehadiran semua staf sekolah (pentadbir/guru/staf sokongan/pekerja swasta) diurus menggunakan sistem kad imbasan elektronik. Sistem berunsur ICT ini digunakan bagi menggantikan sistem lama iaitu buku daftar kehadiran guru/staf.

Guru/staf dibekalkan dengan sekeping kad imbasan yang dilengkapi dengan label identiti diri tuan/puan.Pendaftaran dan pemakaian kad tersebut adalah secara individu, tidak boleh dipindah milik atau diwakilkan.

Guru dan staf diminta mendaftar untuk masuk dan keluar pada setiap hari bekerja (tugas rasmi) dengan menyentuhkan kad imbasan elektronik tuan/puan pada alat pengimbas yang ditempatkan di pejabat sekolah. Sila pastikan imbasan kad tuan/puan lakukan diterima alat pengimbas setiap kali tuan/puan mengimbas kad.

 Sekiranya alat pengimbas tidak aktif disebabkan ketiadaan bekalan elektrik atau kerosakan, tuan/puan diminta mendaftar kehadiran secara manual di dalam buku daftar kehadiran yang disediakan dikaunter pejabat mengikut masa sebenar tuan/puan masuk/keluar. Sekiranya ketidakaktifan alat pengimbas hanya berlaku sebahagian daripada satu hari bekerja, tuan/puan tetap dikehendaki mengimbas kad tuan/puan setelah alat pengimbas diaktifkan semula. Dalam kes sebegini, kedua-dua daftar masuk/keluar secara manual atau elektronik akan diambil kira.

Kehadiran tuan/puan untuk tugas luar yang diarahkan oleh pihak Pengetua perlu dicatatkan didalam buku daftar kehadiran mengikut tarikh berkenaan sebagai rekod menghadiri tugas rasmi. Sekiranya tugas luar tersebut hanya sebahagian daripada tugas bagi satu hari bekerja, tuan/puan dikehendaki mendaftar masuk/keluar dengan menggunakan kad disamping mencatat dalam buku daftar kehadiran menerangkan waktu tugas luar tersebut.

Data waktu masuk/keluar tuan/puan akan terdaftar secara elektronik di dalam komputer yang terdapat dipejabat Pengetua. Catatan waktu yang didaftar adalah seperti yang terpapar pada alat pengimbas ketika tuan/puan mengimbas kad dengan cara yang betul. Ukuran waktu yang diguna pakai adalah mengikut jam pada alat pengimbas.

Semua staf/pekerja bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pendaftaran kehadiran masing-masing. Sebarang kegagalan penggunaan kad imbasan seperti tidak mendaftar masuk/keluar dengan betul, lewat masuk, pulang awal, tidak membawa kad, kad hilang dan sebagainya boleh menyebabkan tuan/puan diambil tindakan oleh pihak pentadbir dan akan memberi kesan terhadap perkhidmatan tuan/puan.

Bagi kes staf/pekerja yang kehilangan kad, penggantian kad perlu dilakukan dalam tempoh tidak lebih daripada tiga hari bekerja sahaja. Melainkan jika tuan/puan terlibat dengan tugas luar bagi tempoh yang lama, segala pendaftaran masuk/keluar yang tidak terpapar pada komputer pengesan melebihi tempoh tersebut adalah dikira tidak hadir bertugas.

Semoga makluman ini dapat menjadi panduan yang jelas tentang penggunaan sistem kad imbasan elektronik dan penguatkuasaan waktu bekerja di sekolah ini. Semua pihak diharap dapat mengambil perhatian yang sewajarnya terhadap perkara-perkara yang dinyatakan di dalam makluman ini.



Pengetua,
SM Seksyen 7,
Shah Alam

No comments:

Post a Comment