e-SSPeL: E-mel ke
semua sekolah di Selangor
1.
Semua sekolah, pejabat pelajaran dan
setiap sektor di JPN Selangor adalah diminta agar memasukkan
semua maklumat latihan/kursus yang telah dijalankan oleh organisasi
masing-masing pada tahun 2011 ke dalam e-SSPeL. Ia perlu dilakukan oleh
Setiausaha LADAP masing-masing di bahagian menu Kursus (ol-in).
Tatacara melaksanakanya boleh diperolehi dengan memuat turun manual pengguna
di sini. Walau bagaimanapun Pengetua/Guru Besar atau mana-mana
Penolong Kanan perlu terlebih dahulu memasuki aplikasi ini dan melantik SU
LADAP. Aplikasi e-SSPeL boleh diakses di sini. Sila lihat manual pengguna
Manual RIngkas eSSPeL - GB.GPK-31
2.
Selain itu, semua warga pendidikan sama ada pegawai, guru
mahupun kakitangan bukan guru pula perlu mengemaskinikan rekod sejarah tempat
bertugas di Profil Perkhidmatan dan rekod kursus yang dihadiri
sebelum tahun 2011 di Kursus Lalu.
3.
Setiap individu telah disediakan akaun e-SSPeL. Ia menggunakan
nombor kad pengenalan (12 digit) sebagai ID Pengguna dan <rujuk
pengetua/gb>sebagai Kata Laluan awal. Sila log masuk dan tukar
Kata Laluan ini.
4.
Sebagai permulaan, setiap individu perlu
melakukan 5 perkara dalam aplikasi ini iaitu menukar Kata Laluan,
mengisi/mengemas kini alamat e-mel peribadi (pada Profil Diri), mengisi Kompetensi, mengemas kini/menambahProfil Perkhidmatan dan mengisi Kursus Lalu. Sila lihat manual
penggunanya di Panduan Umum -30 okt (1)
5.
Di sekolah, aplikasi ini mengenali Pengetua/Guru Besar dan semua
Penolong Kanan secara automatik. Setiap pentadbir diberi peranan oleh sistem
seperti berikut:
1.
Ketua Jabatan (KJ) - Pengetua/Guru Besar
2.
Tim. Ketua Jabatan (TKJ) - Penolong Kanan Pentadbiran
3.
Naib Ketua Jabatan (NKJ) - semua Penolong Kanan yang lain
6.
Di samping melakukan perkara (4) di atas,
sebagai KJ/TKJ/NKJ perlu melakukan dua perkara lagi iaitu:
1.
Melantik SU LADAP
2.
Memasukkan alamat website organisasi di menuSelenggara>Website
Organisasi
7.
KJ/TKJ/NKJ perlu melantik SU LADAP. Ia boleh dilakukan dengan
mudah di menu Sistem>Lantik
SU dengan menanda pada nama yang dipilih. SU LADAP boleh dilantik
lebih daripada seorang. Terpulang kepada kreativiti pihak sekolah
masing-masing. Sebagai permulaan lantiklah lebih dari seorang untuk
mempercepatkan urusan pengisian maklumat kursus 2011 di Kursus (ol-in). Untuk membatalkan
lantikan, hanya perlu hilangkan tanda pada nama yang berkenaan di menu yang
sama.
8.
Setiap maklumat di Kursus Lalu, KJ/TKJ/NKJ perlu
menyemak dan mengesahkannya di menu Semak & Sah>Kursus Lalu. Tugas menyemak
dan mengesah perlu dilakukan oleh orang yang berbeza bagi menjaga integriti.
Dapatkan salinan sijil asal bagi tujukan semakan dan pengesahan. Elakkan
salinan fotostat sebagai tanda kita sama-sama menyokong kempenSelamatkan
bumi ini. Sahkan hanya kursus yang bersijil.
9.
KJ/TKJ/NKJ dan SU LADAP boleh menyemak maklumat lengkap sama ada
seseorang itu cukup atau tidak bilangan harinya berkursus atau perincian kursus
yang telah diikuti dengan mudah di Laporan>Bil. Hari Berkursus
10.
KJ/TKJ/NKJ boleh memanfaatkan penggunaan Pengumuman.
Pengumuman hanya akan ditayangkan apabila ditanda pada kotak papar. Warna fon
tulisan akan berwarna merah sekiranya dikategorikan sebagaiUrgent. Pengumuman
hanya dapat dilihat di Laman Depan yang dipaparkan secara scroll up.
Pergerakannya boleh dihentikan dengan melakukan mouse over (meletakkan pointer tetikus
pada pengumuman tersebut)
11.
Jabatan Pelajaran boleh memaparkan pengumumannya di laman
e-SSPeL sekolah dan PPD.
12.
Untuk urusan bertukar keluar, bersara, dipinjamkan dan
sebagainya, sila gunakan fungsi KeMas di Selenggara>KeMas (Keluar/Masuk). Sekolah asal
perlu mengeluarkannya sebelum sekolah yang menerima boleh mengambilnya masuk.
Sediakan surat arahan agar semua maklumat yang diperlukan dalam menu tersebut
dapat diisi. Semua rekodnya akan dipindahkan ke sekolah baru. Saling berhubung
dan mengingatkan antara sekolah asal dan sekolah yang menerima.
Tindakan segera yang dicadangkan:
1.
Panjangkan e-mel ini
kepada semua anggota di sekolah masing-masing
2.
Cetak dan tampal e-mel
ini di sudut yang strategik
3.
Buat edaran pemakluman
4.
in-house
training
Sebarang cadangan dan masalah, sila
hantar e-mel ke ict-selangor@googlegroups.com. Jangan lupa
menyertakan butir diri dan menerangkan butir perkara yang berkaitan dengan
jelas untuk memudahkan pemahaman.
"Semoga
kesusahan hari ini merupakan kesenangan hari esok"
No comments:
Post a Comment