
47810 PETALING JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
TEL
: 03-61402997
FAKS : 03-61402721
________________________________________________________________________ Rujukan
: SMKS4KD(2)06/04/001 Bil(32)
Tarikh : 5 Januari 2009
Tuan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.5/1985
Rancangan Mencantik dan Mengindahkan Sekolah dan Kawasannya (Landscaping)
Tujuan surat pekeliling ini ialah untuk mengingatkan pihak sekolah bahawa
kekemasan, kebersihan, kecantikan dan keindahan sekolah serta kawasannya adalah
perlu dititikberatkan setiap masa.Tindakan yang positif hendaklah diambil oleh pihak
sekolah bagi menentukan sekolah dan kawasannya sentiasa dalam keadaan kemas,
cantik dan indah termasuk juga waktu cuti sekolah.
2. Rancangan mencantik dan
mengindahkan sekolah dan kawasannya, secara tidak langsung membolehkan
pelajar-pelajar memperolehi sumber udara yang bersih serta dapat
mempertingkatkan kesihatan diri mereka, di samping dapat menikmati keindahan
persekitarannya. Apabila sekolah dan kawasannya berada dalam keadaan kemas,
bersih, cantik dan menggembirakan pelajar-pelajar. Di samping itu,
pelajar-pelajar boleh disemaikan dengan nilai keindahan dan kebersihan sekitar
dan menjadikannya sebagai cara hidup yang berterusan.
3. Pencapaian dalam bidang
pelajaran pelajar-pelajar juga boleh berkembang ke tahap yang lebih baik dan
berkesan, sekiranya sekolah dan kawasannya menyediakan sumber yang terdiri
daripada pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Pelbagai aktiviti
pengukuhan dan pengkayaan akademik boleh dijalanka, misalnya membuat
penyelidikan dan kerja-kerja projek yang berkaitan pelajaran sains seperti
botani, ekologi dan biologi yang seterusnya boleh dilibatkan dengan kerja-kerja
projek dalam pelajaran-pelajaran kemanusiaan seperti lukisan, bahasa dan
kesusasteraan. Dengan cara ini, minat pelajar-pelajar terhadap pelajaran dapat
dipertingkatkan dan seterusnya mereka akan dapat belajar dengan lebih aktif dan
kreatif. Di samping itu, penyemaian nilai-nilai disiplin yang baik dapat
dilakukan seperti rajin, bertanggungjawab, bekerjasama, berdikari dan yakin
kepada diri sendiri.
4. Untuk tujuan ini, pihak
sekolah boleh mengenalpasti dan mengadakan pelbagai usaha mencantik dan
mengindahkan sekolah dan kawasannya seperti :
4.1
Menanam
pokok-pokok bunga dan pokok-pokok yang rendah
4.2
Membina
taman sains, taman batu (rock garden), taman botani dan kolam ikan.
4.3
Mengadakan
kawasan ’camping’ kawasan permainan untuk kanak-kanak
4.4
Melukis
mural di dinding-dinding bangunan dan arca di tempat-tempat tertentu.
4.5
Menghias
kawasan seperti di tepi jalan masuk ke sekolah dan di bilik/ruang tertentu.
4.6
Menyediakan
bangku-bangku rehat seperti di kawasan-kawasan / di taman-taman berkenaan.
4.7
Memelihara
keadaan dinding bangunan dan pagar sekolah.
4.8
Dan
lain-lain.
5. Bagi sekolah-sekolah yang
sedia mempunyai pandangan darat asal (natural landscape) seperti pokok-pokok
yang rendang, anak sungai dan lereng-lereng bukit, keadaan asal ini hendaklah
dipelihara. Bagi sekolah-sekolah yang hendak dibina, keadaan yang sama juga
hendaklah dijalankan.
6. Dalam usaha untuk mencantik
dan mengindahkan sekolah dan kawasannya, semangat kekitaan dan bergotong-royong
di kalangan masyarakat sekolah dan luar sekolah, terdiri dari pelajar-pelajar,
guru-guru, kakitangan-kakitangan sekolah, PIBG, dan lain-lain agensi atau
badan/persatuan sukarela, boleh disemaikan melalui rancangan pendidikan ini.
Penglibatan pelajar-pelajar dalam rancangan ini juga boleh memberi peluang
kepada mereka menyumbangkan sesuatu yang membanggakan tehadap sekolah.
Usaha-usaha pengawasan dan penjagaan kecantikan dan keindahan sekolah serta
kawasannya hendaklah dilakukan secara berterusan dan sekitarnya pelajar-pelajar
dilibatkan, maka ia hendaklah berupa rancangan pembelajaran dan pendidikan.
Sekian, terima
kasih.
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut
perintah,
......................................................
(SALEHAH BT MOHD AMIN)
Pengetua
SMK Seksyen 4
Kota Damansara
No comments:
Post a Comment