Monday 31 December 2012

SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN


Rujukan : SMKS 4 K.D(2)06/04/001 Bil(24)
                                                                        Tarikh     : 5 Januari 2009

Kepada semua guru

Tuan / Puan,

SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN
(seperti Surat Pekeliling ikhtisas Bil. 10/2001)

     1.    Kementerian Pendidikan telah dimaklumkan bahawa dalam menyelesaikan masalah disiplin di sekolah ramai guru telah menyerahkan masalah tersebut kepada guru-guru tertentu atau menyerahkannya kepada pengetua walaupun masalah yang ditimbulkan oleh murid adalah masalah yang remeh temeh. Perkara ini juga telah mendapat perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya bilangan guru disiplin ditambah di sekolah-sekolah.

  1. Perkara seumpama ini dipercayai tidak akan berlaku jika sekiranya semua guru di sesebuah sekolah dapat menghayati dan memahami peruntukan yang telah dinyatakan secara tegas bahawa semua guru adalah bertanggungjawab dalam hal berkaitan dengan disiplin murid.

i)                    Surat Pekeliling Profesional Kementerian Pelajaran Bil. 1968 mengenai Tatatertib Di sekolah-sekolah pada para 5 menyatakan:
“…..tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah-masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru-guru besar/Pengetua oleh kerana ini menjadi perkara biasa. Hanya tatatertib yang berat ini akan menjadi perkara biasa. Hanya tatatertib yang berat sahaja yang harus diserahkan kepada guru besar.”

ii)                  Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 mengenai Disiplin di Sekolah. Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-murid pula menyatakan:
“Adalah seperti tuan maklumkan, satu di antara tujuan pelajaran ialah untuk menanamkan asas disiplin ke dalam hati sanubari murid-murid sekolah. Ini bukan tugas dan tanggungjawab guru besar sahaja, bahkan tugas dan tanggungjawab semua guru lain. Oleh hal yang demikian semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka itu adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah dan janganlah hendaknya perkara-perkara kecil pun diserahkan kepada guru besar kerana hal ini akan menjadi satu perkara biasa sahaja. Sepatutnya, kesalahan yang berat sahaja yang harus diadukan kepada guru besar untuk mendapat keputusan.”

3.      Oleh hal yang demikian, adalah jelas bahawa semua guru telah diperuntukan dengan tanggungjawab untuk memastikan murid-murid mempamerkan tahap disiplin yang tinggi. Bagi mencapai matlamat tersebut semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid supaya sentiasa mengamalkan tingkah laku dan disiplin yang baik. Pendekatan-pendekatan berbentuk pencegahan (preventive), didikan(educative), pembetulan (corrective), dan hukuman (punitive) serta langkah yang sewajarnya hendaklah sentiasa mengimbangi semua pendekatan tersebut dengan sifat-sifat prihatin, penyayang, simpati dan empati terhadap masalah yang dihadapi oleh murid. Sementara itu, kebenaran bagi guru-guru melaksanakan hukuman terhadap kesalahan disiplin murid hendaklah dibuat secara nyata dan bertulis, iaitu pengetua atau guru besar perlu menyediakan surat penurunan kuasa kepada guru-guru untuk melaksanakan hukuman tersebut.


Sekian, terima kasih,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


……………………………………..
( Salehah bt Mohd Amin )
Pengetua,
SMK Seksyen 4,
Kota Damansara



No comments:

Post a Comment