Monday 31 December 2012

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN


                                                                        Rujukan : SMKS4KD(2)06/04/001 Bil(1)
                                                                        Tarikh     : 5 Januari 2009

Kepada semua guru dan kakitangan sekolah

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN / IKHTISAS DAN KEWANGAN

Pekeliling perkhidmatan / ikhtisas dan kewangan sekolah disediakan dengan tujuan untuk memberi panduan kepada guru-guru / kakitangan sekolah menjalankan tugas masing-masing dan dibekalkan kepada semua guru dan kakitangan di sekolah ini.

2. Buku ini disediakan berpandukan kepada buku “Surat Pekeliling Perkhidmatan / Ikhtisas / Kewangan” yang telah edarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Walau bagaimanapun terdapat beberapa tambahan dan perubahan yang telah dibuat berdasarkan keperluan sekolah.

3. Buku ini memuatkan pelbagai panduan dan arahan kepada guru-guru dan kakitangan sekolah. Walau bagaimanapun, semasa menjalankan tugas, tuan/puan digalakkan menggunakan kebijaksanaan bagi mempertingkatkan lagi tugas dalam mendidik murid-murid di sekolah.

4. Dengan adanya buku “Pekeliling Perkhidmatan / Ikhtisas / Kewangan” adalah diharapkan tuan/puan dapat menjalankan tugas yang diamanahkan kepada tuan/puan dengan sempurna dan cemerlang sesuai dengan misi dan visi sekolah.

5. Buku ini adalah hak milik Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4 Kota Damansara. Tuan/Puan dikehendaki memulangkannya ke pejabat sekolah jika tuan/puan bertukar sekolah, meletak jawatan, pencen atau tamat persekolahan pada akhir tahun. Sekiranya buku ini rosak atau hilang tuan/puan bertanggungjawab menggantikannya.

Kerjasama tuan/puan amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUKNEGARA”

Saya yang menurut perintah,


……………………………………..
( Salehah bt Mohd Amin )
Pengetua,
SMK Seksyen 4,
Kota Damansara

No comments:

Post a Comment