Monday 31 December 2012

KETEPATAN MASA GURU


Rujukan : SMKS 4 K.D(2)06/04/001 Bil(9)
                                                                        Tarikh     : 5 Januari 2009

Kepada semua guru dan kakitangan sekolah

Tuan / Puan,

KETEPATAN MASA DI SEKOLAH

  1. Merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas bil(2)/1982 mengenai ketepatan masa di sekolah, guru-guru adalah diwajibkan memelihara dan mengekalkan amalan menepati masa datang dan balik dari sekolah.

  1. Guru-guru juga bertanggungjawab mengamalkan ketepatan masa sepanjang waktu bertugas di sekolah, ketika masuk ke bilik darjah untuk mengajar atau menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darjah seperti mesyuarat, upacara-upacara sekolah, kegiatan sukan dan lain-lain.

  1. Ketepatan masa  juga bermakna seseorang guru itu hendaklah mengikut jadual waktu pengajaran dan tidak boleh meninggalkan kelasnya atau kawasan sekolah sebelum tibanya masa untuk berbuat demikian. Guru adalah bertanggungjawab sepenuhnya kepada keselamatan murid dan harta benda kelas pada waktu pengajaran.

  1. Ketua tingkatan dinasihatkan supaya mencari atau menjemput guru yang masih belum masuk ke kelas 5 minit selepas waktu pengajaran bermula. Jika guru masih tidak dapat dicari maklumlah kepada Pengetua / Penolong Kanan.

  1. Guru-guru khasnya hendaklah memberi teladan yang baik kepada murid-murid dan dapat menggalakkan tabiat mereka menepati masa.

  1. Ketepatan masa adalah penting untuk menentukan disiplin kelas terkawal dan guru dihormati oleh murid-murid.












Sekian, terima kasih,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


……………………………………..
( Salehah bt Mohd Amin )
Pengetua,
SMK Seksyen 4,
Kota Damansara

No comments:

Post a Comment