
47810 PETALING JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
TEL
: 03-61402997
FAKS : 03-61402721
_______________________________________________________________________ Rujukan : SMKS4KD(2)06/04/001Bil(29)
Tarikh
: 5 Januari 2009
Kepada semua guru
dan kakitangan sekolah
Tuan / Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.2/1981
KETETAPAN MASA DI SEKOLAH-SEKOLAH
Semua Pegawai Perkhidmatan Pelajaran dan kakitangan sekolah serta
murid-murid diwajibkan memelihara dan mengekalkan amalan menepati masa datang
dan hadir di sekolah-sekolah.
2. Dengan demikian Pengetua
hendaklah menyedarkan guru-guru, kakitangan lain dan murid-murid tentang perlu
dan pentingnya amalan ketepatan masa.
3. Adalah diharapkan bahawa
semua guru diingatkan dari masa ke masa tentang tanggungjawab mereka untuk
mengamalkan ketepatan masa sepanjang waktu bertugas disekolah, balik semasa
datang ke sekolah ataupun balik dari sekolah, mahu pun ketika memasuki bilik
darjah untuk mengajar atau menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darjah. Ketetapan
masa juga bermakna seorang guru itu hendaklah mengikut jadual pengajaran dan
tidak boleh meninggalkan kelasnya atau kawasan sekolah sebelum tibanya masa
untuk berbuat demikian.
4. Peraturan-peraturan mengenai
ketepatan masa hendaklah dikenakan selain dari murid-murid juga kepada semua
guru, kakitangan dan pekerja di sekolah.Guru-guru khasnya, hendaklah memberi
contoh taulan yang baik sekiranya mereka ingin menggalakkan tabiat ketepatan
masa dikalangan murid-murid mereka.
5. Memanglah
ternyata bahawa suasana disiplin di sebuah sekolah bergantung sebahagian
besarnya Pengetua. Pengetua hendaklah mengambil langkah-langkah yang positif
untuk menguatkuasa peraturan-peraturan mengenai ketetapan masa di sekolah.
Sekian, terima
kasih.
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut
perintah,
...................................................
(SALEHAH BT MOHD AMIN)
Pengetua
SMK Seksyen 4
Kota Damansara
No comments:
Post a Comment