


PENINGKATAN POTENSI DAN PRESTASI AKADEMIK
MELALUI PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH (PKS)-PRINSIP SATU
PENINGKATAN
POTENSI DAN PRESTASI AKADEMIK
MELALUI
PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH (PKS)-KONSEP SATU
PENGENALAN
Sesuai dengan matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara dan berteraskan perkhidmatan
perguruan untuk berazam meninggikan mutu perkhidmatan, bekerja dengan penuh
tanggung jawab ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan Negara dan
berpegang teguh pada ajaran agama serta cabaran wawasan 2020, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7 perlu mengambil langkah
untuk mewujudkan satu sistem khas yang berkaitan dengan peningkatan potensi
individu pelajar dan peningkatan prestasi akademik melalui penilaian kendalian
sekolah berkonsepkan SATU
Pengendalian program adalah di
bawah jawatan kuasa Akademik seperti di bawah
Penasihat : Pengetua
Pengerusi : Penolong Kanan
Pengerusi
Bersama : Penolong Kanan HEM
Penolong
Kanan Kokurikulum
Penolong Kanan Petang
Naib
Pengerusi : Guru Kanan Mata Pelajaran
Setiausaha : Setiausaha Akademik
Ahli-ahli : Ketua Panitia Mata Pelajaran
Setiausaha
Peperiksaan
Setiausaha
Pusat Sumber
Kaunselor
Penyelaras
Tingkatan
Guru-guru
Tingkatan
Pelaksanaan program Semua Guru SMK Seksyen 7
TUJUAN
Kriteria utama program ini adalah
untuk membolehkan semua murid berminat memperbaiki potensi dan prestasi
pencapaian akademik mengikut kemampuan individu dan berkembang secara semula
jadi mengikut perkembangan dan kematangan fizikal dan intelektual
masing-masing. Guru akan berperanan menjadi pembimbing dan pendorong yang rapat
dengan perkembangan setiap individu murid.
MATLAMAT
Matlamat utama program yang dirancang adalah untuk memenuhi
hasrat misi, visi dan moto Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam dan
diharapkan guru-guru akan menjiwai hasrat dan cita-cita murni ini dalam
membimbing anak didik masing-masing.
MISI
Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7 Ke arah Kecemerlangan
Berpaksikan Konsep 6M
1.Memastikan : Pencapaian Akademik Sentiasa Cemerlang
2.Melahirkan : Personaliti Unggul
3.Merangkul : Anugerah Kebangsaan dan Antarabangsa
4.Mewujudkan : Jalinan dengan Institusi Pengajian Tin
5.Menjalinkan : Permuafakatan jitu dengan ibu bapa dan
masyarakat serta jaringan kukuh
dengan sekolah
tempatan dan antarabangsa
6.Menjadi : Penanda Aras kepada sekolah dalam dan
luar negeri
VISI
Sekolah Menengah Kebangsaan
Seksyen 7 Menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi Tahun 2014
MOTO
ILMU, AMAL DAN IMAN:UNGGUL
MEMBINA INSAN
RASIONAL
1.Pendekatan yang diaplikasikan
dalam pembentukan program ini adalah berdasarkan keputusan kemasukan murid
diperingkat UPSR yang pelbagai berdasarkan status ekonomi dan social yang
berbeza. Ini mendorong kepada pesepsi yang murid kurang upaya, tidak bermotivasi
dan pencapaian rendah dalam bidang akademik.
2.Memenuhi Hasrat Pendidikan dan
Dasar-dasar Pendidikan untuk membangunkan modal Insan yang mempunyai
pengetahuan , kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni

OBJEKTIF
Melalui
program ini sekolah dapat mengenalpasti potensi individu murid, dapat
mempertingkatkan potensi tersebut supaya usaha dapat dilaksanakan dengan penuh
rasa kesedaran tanpa mewujudkan tekanan perasaan dan membimbing murid supaya
menjadi seorang murid yang cemerlang, dapat melanjutkan pelajaran ke Institusi
pengajian tinggi dan akhirnya mereka akan menjadi ahli masyarakat yang berguna
kepada bangsa dan Negara.
PROSEDUR PELAKSANAAN PROGRAM
a)
Guru-guru di sekolah ini perlu ikhlas dan memiliki azam dan
dedikasi yang tinggi dalam melaksanakan peranan, tanggungjawab dan jasa bakti
demi cintakan profesion keguruan dan melahirkan modal insan yang dicitakan oleh
Negara melalui konsep SATU
iaitu
S Sayang (rasa sayang terhadap murid dan
persekitaran)
A Adil (bakti dicurah secara saksama)
T Telus (bersifat ikhlas)
U Usaha (tekun & rajin tidak terbatas)
b) Guru-guru di sekolah diberi
kesedaran untuk sentiasa mengeratkan silaturrahim dan bekerja dalam
Satu
pasukan(sepasukan)
S Setiakawan (hormat kepada rakan sejawat)
A Akrab (sentiasa bekerjasama dan erat
hubungan)
T Telus (bersikap terbuka dan ikhlas dalam
persahabatan)
U Urus (urus tugasan bersama dan
saling bantu membantu)
c) Murid-murid perlu diberi kesedaran untuk berubah
secara semangat cintakan kewujudan diri. Untuk itu pihak sekolah melalui Badan
Kaunseling perlu mengadakan aktiviti-aktiviti kesedaran diri dan menanamkan
satu moto pembentukan peribadi diri dan menanamkan satu moto pembentukan
peribadi diri melalui konsep SATU iaitu
S Segak (sifat
baik- penampilan peribadi luaran)
A Akhlak (sifat
baik- nilai peribadi dalaman)
T Tulen (sifat
baik- jati diri)
U Unggul (sifat
baik -diri yang sempurna)
d) Murid-nurid
dibimbing untuk bekerja dan berusaha bagi memecutkan peningkatan akademik juga
melalui konsep SATU
S Sedia (kesedaran untuk berusaha)
A Awal (kesedaran
untuk bertindak & pentingkan masa)
T Tumpu (kesedaran
untuk memberi perhatian / Fokus)
U Ulang (kesedaran
untuk menguasai & mengekalkan ilmu)
d) Murid-murid dibimbing untuk bertindak secara
teratur dan melihat masa hadapan dengan harapan cemerlang melalui moto atau konsep SATU
S Semangat (Daya berusaha & kesungguhan)
A Aktif (Daya berkecimpong & memperluaskan
kebolehan)
T Tertib (Daya bertindakan secara sistematik)
U Urus (Daya kesempurnaan & bertanggungjawab)
f.Program Peningkatan Akademik dan
Headcount Program Gemilang Emas(PGE)
Pelajar dikenalpasti
dan digolongkan kepada tiga kumpulan iaitu
Kumpulsn Cerdas(Permataku) - Gred pencapaian akademik B+ ke A+
Kumpulan Sederhana(Mutiara) - Gred
pencapaian akademik C- ke B
Kumpulan Lemah (Intanku) - Gred
pencapaian akademik E- ke D-
Berikut adalah
rujukan gred dan markah pencapaian akademik
Cerdas (70 – 100) Sederhana
(50 – 69) Lemah (00 – 49)
A+ 95 – 100 B 63 – 69 D+ 47 – 49
A 80 – 94 B- 60 – 62 D 42 – 46
A- 75 – 79 C+ 57 – 59 D- 40 – 41
B+ 70 – 74 C 52 – 56 E+ 30 – 39
C- 50
– 51 E 10
– 29
E- 00
– 09
Minimum sasaran
(target) gred pencapaian akademik bermula daripada peperiksaan Pertengahan
tahun di Tingkatan Satu dan Tingkatan 4 dan peperiksaan akhir tahun di
Tingkatan 2, 3 dan 5 iaitu pada Gred Minimum E
Berikut adalah pelunjuran Minimum sasaran
gred pencapaian akademik dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima
Tingkatan 1
|
Tingkatan 2
|
Tingkatan 3
|
Tingkatan 4
|
Tingkatan 5
|
|||||
Setengah
|
Akhir
|
Setengah
|
Akhir
|
Setengah
|
Akhir
|
Setengah
|
Akhir
|
Setengah
|
Akhir
|
E
>10
|
E+
>30
|
D-
>40
|
D
>42
|
D+
>47
|
C-
>50
|
C
>52
|
C+
>57
|
B-
>60
|
B
>63
|
Diharapkan dengan pelunjuran/headcount ini,
apabila murid melepasi Tingkatan 3, hasrat pendidikan untuk mencapai Teras
Pembangunan Kurikulum tercapai dan harapan untuk melanjutkan pelajaran ke
Institusi Pengajian Tinggi menjadi satu kemestian dan penghasilan. Modal Insan
yang berdaya sains dan berfikiran matang dapat direalisasikan.
Langkah
1.
Kaunselor, guru tingkatan dan guru mata pelajaran perlu
sentiasa memantau serta membantu murid
supaya murid supaya sedar akan minimum sasaran gred pencapaian akademik
masing-masing melalui aktiviti dorongan atau motivasi.
2.
Setiap murid dengan galakan waris dan bimbingan guru
mata pelajaran akan berusaha meningkatkan pencapaian akademik
sekurang-kurangnya 3 markah pada setiap ujian dan peperiksaan. Ini membolehkan
setiap murid memiliki peningkatan Markah Tahunan sebanyak 12 markah (2 ujian 2
peperiksaan setahun)
3. Mata pelajaran elektif mula
dipelajari di Tingkatan 4, markah peningkatan mata pelajaran ini mesti juga
ditingkatkan berasaskan keupayaan murid di tingkatan 3, justeru markah peningkatan
dalam setiap ujian dan peperiksaan mata pelajaran elektif ini hendaklah
dikekalkan 3 atau sekurang-kurangnya 2 markah (peningkatan min. markah tahunan
= 8)
Di bawah ini ialah Pelunjuran
Minimum Target Pencapaian Markah.
MP
|
Asas
|
Tingkatan
1
|
Tingkatan
2
|
Tingkatan
3
|
Tingkatan
4
|
Tingkatan
5
|
Minimum
|
|
E+
> 30
|
D
> 42
|
C-
> 54
|
C+
> 62
|
B
> 70
|
Teras
|
>18
|
>30
|
>42
|
>54
|
>66
|
>78
|
Elektif
|
>18
|
>30
|
>42
|
>54
|
>62@>66
|
>70@>78
|
4.
Kadar Penguasaan Ilmu bagi murid cerdas, sederhana dan lemah adalah
berbeza. Dalam proses kematangan jasmani, emosi, rohani dan intelektual,
diyakini dorongan , galakan dan motivasi dari guru-guru dan waris secara
berterusan dapat membantu untuk meningkatkan kesedaran, peranan dan tanggung
jawab mereka kearah membentuk jati diri yang sempurna justeru perbezaan potensi
ini tidak akan kelihatan ketara apabila mereka meningkat dewasa. Mengambil kira
faktor ini, di bawah adalah Pelunjuran Minimum Target Pencapaian Mengikut Kadar
Perbezaan Kumpulan.
Kumpulan
|
(+)
Markah
|
Asas
target
|
Ting.
1
|
Tingkatan
2
|
Tingkatan
3
|
Tingkatan
4
|
Tingkatan
5
|
Minimum
|
|
|
E+>30
|
D
> 42
|
C->54
|
C+>62
|
B>70
|
Lemah
|
8,9,10,11,11
|
30
|
>38
|
>47
|
>57
|
>65@>68
|
>73@>79
|
Sederhana
|
10,11,12,13,13
|
30
|
>40
|
>51
|
>63
|
>71@>76
|
>68@>89
|
Cerdas
|
12,13,14,15,15
|
30
|
>42
|
>55
|
>69
|
>77@>84
|
>85@>99
|
5.
Murid hendaklah digesa untuk berusaha setiap masa
supaya dapat mengekalkan prestasi minimum
mereka melalui :-
a. Akujanji
murid dan waris untuk memastikan mereka berusaha untuk capai kecemerlangan.
b. Latihan yang secukupnya untuk setiap kumpulan
(Cerdas,Sederhana dan Lemah). Jumlah latihan (minimum) ditentukan oleh panitia
mata pelajaran masing-masing .
c. Penggunaan
Pusat Sumber Sekolah dan mengiatkan pelaksanaan projek NILAM serta perbanyakkan
bahan bacaan.
d. Galakan
penggunaan komputer dan memperolehi maklumat.
e. Budaya
penguasaan ilmu lebih awal sebelum menerima pengajaran, melalui penguasaan
kandungan ilmu dalam buku teks masing-masing
f. Menggalakkan
murid aktif dalam aktiviti kokurikulum akademik di peringkat sekolah , daerah
dan yang lebih tinggi.
6.
Guru hendaklah berusaha secara adil menyampaikan
pengajaran atau maklumat.
7.
Guru hendaklah berusaha mempelbagaikan teknik atau
kaedah pengajaran supaya menarik dan berkesan.
8.
Proses P & P hendaklah dipelbagaikan supaya tidak
terbelenggu dengan kaedah “bersyarah”dan bebas dari belenggu bilik darjah.
9.
Guru atau Penasihat Persatuan Mata Pelajaran mesti kreatif
untuk menggalakkan aktiviti kokurikulum akademik supaya dapat membantu
memperkasakan penguasaan ilmu pelajaran.
10. Waris
mesti bekerjasama mengurangkan masalah yang boleh membantutkan proses pendidikan, seperti kenakalan murid.
11. Guru
dan waris wajar mengiktiraf setiap pencapaian terutama pencapaian yang
menjangkaui sasaran gred masing-masing.
12. PIBG
mesti membantu dari segi kewangan dan moral untuk memperbanyakkan buku kerja,
bahan latihan, bahan bacaan atau bahan akademik serta mengiktiraf atau
menghargai kejayaan murid dan sekolah.
13. Guru
Kanan Mata Pelajaran (GKMP) dan Ketua Panitia mesti melunaskan peruntukan Mata
Pelajaran masing-masing secara bijak , adil dan memaksimumkan keberkesanan
proses
d)
Program
Peningkatan Akademik dan Sahsiah:PEBEL( Pentaksiran Pembelajaran)
1. PEBEL merupakan inisiatif sekolah untuk
meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah murid-murid di sekolah.
Pentaksiran ini dilaksanakan secara berterusan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P & P ).
2. Murid-murid
akan dinilai dari segi penglibatan dalam kelas, mutu kerja yang baik, ketepatan
masa, kehadiran, sikap dan penglibatan dalam proses P & P.
3. Sistem permarkahan : Penilaian Sumatif (Penilaian/Peperiksaan 80%
PEBEL 20%
100%
4.Konstruk Penilaian PEBEL :
Konstruk 1 : 10%
a) Tugasan - 5 markah
Kriteria penskoran
|
Markah
|
81% hingga 100% tugasan dihantar
|
5
|
61% hingga 80% tugasan dihantar
|
4
|
41% hingga 60% tugasan dihantar
|
3
|
21% hingga 40% tugasan dihantar
|
2
|
1% hingga 20% tugasan dihantar
|
1
|
Tidak hantar
tugasan sama sekali
|
0
|
b) Mutu Kerja – 3 Markah
Kriteria penskoran
|
Markah
|
100% tugasan
mengikut format, kemas dan tulisan boleh dibaca
|
3
|
50% tugasan
mengikut format, kemas dan tulisan boleh dibaca
|
2
|
Tugasan
mengikut format, kemas dan tulisan boleh dibaca
|
0 - 1
|
c)Ketetapan
Kerja – 2 markah
Kriteria penskoran
|
Markah
|
100% tugasan dihantar menepati masa
|
2
|
50% tugasan dihantar menepati masa
|
1
|
Tidak menepati masa
|
0
|
Konstruk 2 : 10%
a)Kehadiran – 5 markah
Kriteria penskoran
|
Markah
|
81% hingga 100% hadir
|
5
|
61% hingga 80% hadir
|
4
|
41% hingga 60% hadir
|
3
|
21% hingga 40% hadir
|
2
|
1% hingga 20% hadir
|
1
|
Tidak hadir sama sekali
|
0
|
b)Sahsiah(Sikap/tingkahlaku) – 2
markah
Kriteria penskoran
|
Markah
|
Fokus, Bersikap positif dan tingkah laku baik
|
2
|
c)Penglibatan – 3 markah
Kriteria penskoran
|
Markah
|
Aktif dalam pembelajaran
|
3
|
Kurang aktif
|
1 - 2
|
Tidak aktif
|
0
|
Pemarkahan
- Penilaian Sumatif ( ujian / peperiksaan ) 80%
- Konstruk 1 + Konstruk 2 20%
100%
e) Penilaian.
Penilaian akademik
kumpulan –kumpulan ini diukur melalui ujian bulanan dan peperiksaan . Dalam
setiap penggal persekolahan akan dijalankan 2 ujian bulanan dan disusuli dengan
1 peperiksaan penggal. Format kertas ujian adalah berdasarkan pengukuran
pencapaian kumpulan masing-masing . (Ujian bulanan tidak diselaraskan). Jadual
Penentu Ujian bagi kumpulan-kumpulan adalah seperti berikut :
JPU
|
Cerdas
|
Sederhana
|
Lemah
|
Kefahaman
|
40%
|
50%
|
60%
|
Kemahiran
|
35%
|
30%
|
25%
|
Analisis
|
25%
|
20%
|
15%
|
Format kertas
soalan peperiksaan tidak semestinya mengikut format kertas soalan peperiksaan
awam (PMR atau SPM). Guru bebas menentukan format yang sesuai dengan pencapaian
murid. Panitia Mata Pelajaran berperanan untuk menentukan piawaian format
kertas peperiksaan . Peperiksaan tidaklah dijadikan media untuk menghukum
pencapaian murid tetapi adalah satu media untuk mendidik dan menggalakkan murid
berusaha dan terus maju. Peperiksaan peringkat sekolah diselaraskan dan Jadual
Penentu Ujian (JPU) bagi kertas
peperiksaan adalah berdasarkan format Kumpulan Sederhana.
JPU
|
Peratus
|
Kefahaman
|
50%
|
Kemahiran
|
30%
|
Analisis
|
20%
|
PENUTUP
Kerjasama bagi
menjayakan program atau system berkonsepkan SATU ini adalah satu hala tuju
kita. Semua pihak mesti sedar akan kesepakatan adalah penting demi kejayaannya.
Tekad, usaha dan kefahaman melaksanakan program atau sistem ini sangat
diperlukan demi masa depan murid-murid di Sekolah Menengah Kebangsaan seksyen
7, Shah Alam.
.
Adalah menjadi
kebanggaan sekolah dan tercuit setiap hati guru yang telah ikhlas melaksanakan
peranan, tugas dan tanggungjawab apabila kejayaan setiap murid di sekolah itu cemerlang. Jika
benarlah kejayaan dapat diukir dan direalisasikan , tidak akan ada kata-kata
yang boleh diungkapkan untuk membayangkan senyuman dan kepuasan dalam
kegembiraan hati setiap individu guru di sekolah ini.
Berburu di padang datar,
Dapat rusa belang
kaki,
Berguru kepalang
ajar,
Bagai bunga
kembang tak jadi.
Semoga usaha murni
ini dapat dihasilkan.
ILMU, AMAL DAN IMAN :UNGGUL MEMBINA INSAN
No comments:
Post a Comment