Monday 31 December 2012

CUTI-6


Rujukan : SMKS 4 K.D(2)06/04/001 Bil(6)
                                                                        Tarikh     : 5 Januari 2009

Kepada semua guru dan kakitangan sekolah

Tuan / Puan,

CUTI

Cuti bermakna sebarang tempoh seseorang pegawai itu dibenarkan meninggalkan tugasnya dan peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja.
Cuti bukan hak tetapi satu kemudahan atau keistimewaan yang diberi kepada seseorang pegawai di mana pegawai berkenaan mesti memohon dan diluluskan oleh Pengetua dan dimaklumkan kepada Guru Penolong Kanan.

1. Cuti Rehat
            1.1 Guru-guru tidak berkelayakan mendapat cuti rehat seperti yang dibekalkan di
      bawah Perintah AM 7 hingga Perintah AM 12.
1.2 Kakitangan bukan guru boleh mengambil cuti rehat bila-bila masa sahaja
      dalam setahun. Walau bagaimanapun kakitangan bukan guru tidak digalakkan
      mengambil cuti rehat dalam keadaan-keadaan tertentu seperti musim
      peperiksaan.

2. Cuti Penggal Persekolahan
2.1 Sebagai ganti cuti rehat, guru adalah berkelayakan mendapat cuti penggal
      sekolah dengan syarat Pengetua boleh memanggil guru-guru untuk
      menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas-tugas mengajar biasa semasa
      percutian penggal sekolah bagi masa yang tidak melebihi separuh  atau   satu pertiga daripada jumlah cuti penggal sekolah dalam satu-satu tahun  itu.
2.2 Semua tempoh percutian penggal sekolah yang bergaji penuh akan diambil
      kira sebagai perkhidmatan yang melayakkan di bawah tafsiran Perintah AM 1
      (ix)

3. Cuti Sakit
            3.1 Maksimum cuti sakit tidak melebihi 90 hari dalam satu-satu tahun ( Januari
      hingga Disember).
3.2 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau terputus-
      putus akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian
      Pendidikan untuk menentukan pembayaran gaji.
3.3 Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doctor swasta tidak boleh melebihi 15 hari
      dalam setahun dan tidak boleh melebihi 2 hari berturut-turut dalam satu sijil.


3.4 Tindakan guru apabila mendapat cuti sakit :-
3.4.1 maklumkan/telefon Pengetua sebelum waktu persekolahan bermula
         bagi membolehkan guru bertugas menyediakan jadual guru ganti       
3.4.2 sijil sakit mesti dihantar kepada Pengetua serta merta apabila balik
         bertugas semula.

Catatan : Jika ke klinik / hospital semasa bertugas sila dapatkan slip kehadiran (time slip). Slip kehadiran tidak dikira sebagai sijil cuti kerana sakit. Sila serahkan slip kehadiran kepada Pengetua apabila balik dari klinik/hospital.

4. CUTI SEPARUH GAJI
            4.1 Cuti separuh gaji hanya boleh diberi atas sebab-sebab berikut sahaja:
                        (i)   sebab-sebab kesihatan guru itu sendiri dengan perakuan sebuah
       Lembaga Perubatan.
(ii)  sebabsebab kesihatan sanak saudara yang rapat kepada guru.
(iii) kerana membuat lawatan sambil belajar di seberang laut yang telah
      diluluskan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan.
            4.2 Kelayakan Cuti Separuh Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun
                  perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari.

5. CUTI TANPA GAJI
            5.1 Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon atas sebab-sebab persendirian yang mustahak.
            5.2 Cuti Tanpa Gaji bagi kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis
      semua cuti rehatnya.
5.3 Jumlah cuti yang boleh diluluskan ialah sebanyak 30 hari bagi tiap-tiap genap
      tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 360 hari.
5.4 Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam
      masa 4 tahun.
5.5 Cuti Tanpa Gaji mengikut pasangan (tempoh cuti melebihi 6 bulan),
      maksimum cuti ialah 3 tahun bagi pasangan pegawai kerajaan.
5.6 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun diluluskan
      oleh Pengarah Pendidikan Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh 
      Kementerian Pendidikan Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar
      ke Jabatan Pendidikan Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti.

6. CUTI SAMBILAN
            6.1 Cuti sambilan ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja.
            6.2 Cuti ini boleh diluluskan oleh Pengetua hanya atas sebab-sebab kecemasan
      dan upacara keagamaan bagi tempoh 7 hari dalam setahun.




7. CUTI BERSALIN
            7.1 Cuti Bersalin maksimum 60 hari dikira mulai tarikh guru bersalin.
            7.2 Seseorang pegawai/guru wanita yang bersalin layak mendapat kemudahan
      Cuti Bersalin sebanyak 5 kali (bergaji penuh) sepanjang tempoh
      perkhidmatannya.
7.3 Bagi pegawai/guru yang berada di bawah Sistem Saraan Baru, Cuti Menjaga
      Anak (tanpa gaji) sehingga 90 hari boleh digunakan mulai hari ke-61 dari
      tarikh bersalin. Ini bermakna Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) tidak boleh
      diluluskan jika kemudahan ini diambil mulai hari ke-62 dari tarikh bersalin.
      Kemudahan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) diberi sebanyak 5 kali sepanjang
      tempoh perkhidmatannya.
7.4 Bagi guru wanita ang telah menggunakan kelayakan 5 kali kemudahan Cuti
      Bersalin, Cuti Separuh Gaji diluluskan bagi 14 hari pertama dan yang
      selebihnya ialah Cuti tanpa gaji. Cuti bergaji penuh diberikan dalam masa cuti
      penggal persekolahan.
7.5 Cuti Tanpa Rekod kerana isteri bersalin diberi kepada pegawai/guru lelaki
      sahaja. Cuti ini bermula dari tarikh isteri bersalin. Jmlah hari ialah 3 hari
      sahaja termasuk hari cuti hujung minggu dan hari kelepasan am. Kemudahan
      cuti ini diberi sebanyak 5 kali sahaja dalam perkhidmatan.

8. CUTI HAJI
            8.1 Kelayakan Cuti Haji bergaji penuh hanya sekali sahaja dalam tempoh
      perkhidmatan.
8.2 Kelayakan Cuti Haji bergaji penuh ialah selama 40 hari termasuk cuti hujung
      minggu dan hari kelepasan am kepada pegawai yang beragama Islam untuk
      menunaikan fardhu haji di Mekah.
8.3 Sekiranya seseorang pegawai memerlukan tempoh lebih daripada 40 hari atas-
      atas sebab-sebab tertentu bolehlah memohon untuk menggunakan cuti
      rehatnya atau cuti penggal sekolah bagi guru-guru atau cuti tanpa gaji.

9. CUTI KERANA BERKURSUS
            9.1 Seorang pegawai/guru yang telah dipilih atau dibenarkan oleh Kerajaan untuk
      mengikut apa jua kursus latihan taua pengajian yang diakui sama ada bergaji
      penuh, separuh gaji atau tanpa gaji dan sama ada untuk kursus diploma, ijazah
      asas, lepasan ijazah atau kursus lanjutan, boleh diberi cuti.

10.  CUTI TANPA REKOD
            10.1 Pegawai/guru-guru boleh diberi Cuti Tanpa Rekod oleh Pengetua atas sebab-
                    sebab berikut:-
(a)                Cuti gantian – sama banyak dengan masa yang dipanggil bertugas lebih masa.
(b)               Cuti latihan pasukan sukarela – tidak melebihi 30 hari dalam satu-satu tahun.
(c)                Cuti menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/persatuan – tidak melebihi 14 hari.
(d)               Cuti menghadiri latihan syarikat kerjasama.
(e)                Cuti untuk masuk peperiksaan – cuti diberi hanya untuk hari peperiksaan sahaja. Pegawai/guru dikehendaki sertakan surat kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri dan surat dari Universiti.
(f)                Cuti menghadiri mesyuarat persatuan ikhtisas – bilangan hari ialah tempoh mesyuarat diadakan dan 2 hari perjalanan pergi dan balik.
(g)               Cuti mengambil bahagian dalam olahraga/sukan – tidak melebihi 30 hari dalam satu-satu tahun.
(h)               Cuti bagi ahli majlis/jawatankuasa pertandingan – seperti (f)



Sekian, terima kasih,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


……………………………………..
( Salehah bt Mohd Amin )
Pengetua,
SMK Seksyen 4,
Kota Damansara














No comments:

Post a Comment