Monday 31 December 2012

TIDAK HADIR BERTUGAS


SMK SEKSYEN 4 KOTA DAMANSARA
            47810 PETALING JAYA
            SELANGOR DARUL EHSAN
            TEL  :  03-61402997             FAKS         :         03-61402721
________________________________________________________________________                                                                           Rujukan : SMKS4KD(2)06/04/001Bil(30)
                                       Tarikh    : 5 Januari 2009

Kepada semua guru dan kakitangan sekolah

Tuan / Puan,

1.         PANDUAN DAN PERINGATAN KHAS TINDAKAN TATATERTIB         TIDAK HADIR BERTUGAS

Peraturan 23, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah mengariskan ketidakhadiran bertugas seperti tertakluk.

1)      Ketidakhadiran daripada bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran   
terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah boleh menyebabkan seseorang pegawai dikenakan tindakan tatatertib.

2)      Jika seseorang pegawai tidak hadir daripada bertugas, Ketua
Jabatan hendaklah dengan seberapa segera, melaporkan fakta itu kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan beserta dengan tarikh-tarikh dan hal keadaan ketidakhadiran itu dan apa-apa maklumat selanjutnya yang mungkin dihendaki berkenaan dengan pegawai itu.

3)      Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan boleh, setelah
menimbangkan laporan dalam subperaturan (2), mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai itu mengikut peraturan 27 atau 28.      

4)      Bagi maksud peraturan ini, ”ketidakhadiran” termasuklah
kegagalan untuk hadir bagi apa-apa jua tempoh masa pun pada satu-satu masa dan tempat di mana pegawai itu dikehendaki hadir bagi pelaksanaan tugas-tugasnya.   

2.         KES DATANG LEWAT BALIK CEPAT          
           
            Mengikut Perintah Am Bab G 1(5)

            ”Semua penjawat Awam termasuk Ketua Jabatan sendiri hendaklah mematuhi       waktu-waktu bekerja dan hadir di sekolah/pejabat dalam masa yang ditetapkan.           Seseorang penjawat Awam yang hendak meninggalkan sekolah/pejabatnya di waktu bekerja hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran dari Ketua         Jabatan yang menjaganya sebelum berbuat demikian”

            Seseorang pegawai tidak boleh

a)                  Tidak bertanggungjawab

(i)         Engkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh   ditafsirkan dengan munasabah sebagai engkar perintah.

3.         GURU TIDAK MASUK KELAS/TIDAK HADIR KOKURIKULUM

            ”Seseorang guru yang tidak masuk kelas untuk mengajar atau tidak menghadiri      kokurikulum sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan di dalam jadual             waktu takwim adalah di anggap telah melanggar Peraturan Sekolah dan boleh dikenakan tindakan tatatertib”   

            Pelanggaran Tata Kelakuan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993:
           
            Seseorang pegawai tidak boleh

a)                  Tidak bertanggungjawab

b)         Engkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh   ditafsirkan dengan munasabah sebagai engkar perintah

4.         TIDAK MELENGKAP DAN TIDAK HANTAR BUKU REKOD      PERSEDIAAN MENGAJAR

            Peraturan Perkhidmatan (Kurikulum Keb. 1997) berkuatkuasa pada 1 Januari 1998.           Rujukan Warta Kerajaan P.U.(A) 531 bertarikh 31 Disember 1997 Fasal (B)            menyatakan:  

            ”Seorang guru dalam sesuatu sekolah hendaklah menyimpan dan menyelenggara    suatu buku rekod dalam mana hendaklah direkod olehnya tidak lewat pada akhir      persekolahan setiap minggu yang akan diajar pada minggu berikutnya dan buku rekod hendaklah dengan serta merta diadakan untuk pemeriksaan.”

            Pelanggaran Tatakelakuan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam    (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.    

            Seseorang pegawai tidak boleh
           
(a)                Tidak bertanggugjawab

(b)        Engkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh   ditafsirkan dengan munasabah sebagai engkar perintah.

5.         MELAWAN KETUA/MAJIKAN DI TEMPAT KERJA

            Melawan Ketua di tempat kerja boleh didefinisikan sebagai:

            ”Apa jua bentuk pertuturan yang tidak dikehendaki dalam berbagai bentuk seperti berbahasa kasar, marah, menengking, menjerit, mencemuh, menghina atau perkataan yang berunsurkan emosi marah atau dendam secara langsung dan tidak langsung.”

            ”Sebarang tingkahlaku sama ada perlakuan atau sentuhan fizikal ke atas tubuh badan seperti memukul, menghentak, menumbuk sehingga boleh mendatangkan kemudaratan”.

            ”Sebarang pernyataan berbentuk tulisan atau surat yang membuat tuduhan dan tohmahan yang tidak berasas semata-mata dengan niat memburuk-burukkan atau menjatuhkan reputasi seorang ketua.”

            Pelanggaran Tatakelakuan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
            (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

            Seseorang pegawai tidak boleh:

            (a)        Berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau        mencemarkan nama perkhidmatan awam.      

6.         MEMBUAT KERJA LUAR SEMASA BERTUGAS  

            Mengikut Peraturan 5(3) (a) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 5(3) Ketua Jabatan hendaklah memastikan bahawa pekerjaan luar itu

            (a)        Tidak dilakukan semasa waktu pejabat dan semasa pegawai itu        dikehendaki menjalankan tugas rasminya.  

            Waktu Bertugas

            Kakitangan Guru                    - Waktu persekolahan mengikut sesi waktu-waktu                                                       yang diarahkan oleh pentadbir
            Kakitangan Bukan Guru         - Waktu pejabat

            Pelanggaran Tatakelakuan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

            Seseorang pegawai tidak boleh

            (a)        Membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendiriannya.
7.         KEGAGALAN MENYERAHKAN KUTIPAN YURAN  

            Definisi
            Mengikut Arahan Perbendaharaan 78 (a) – Bila pungutan mesti dibayar di Perbendaharaan.

            ”Semua pemungut...yang menerima wang awam samada wang itu diperakui sebagai hasil atau tidak adalah dikehendaki jika:

(i)                 Pungutan wang kertas dan duit syiling melebihi RM500.00 dan
(ii)               Jumlah pungutan (termasuk wang kertas, duit syiling, cek,wang pos dan kiriman wang) melebihi RM 2000.00

            ”Atau apa-apa jumlah yang lebih kecil dibankkan kesemua pungutan yang ada       dalam tangan samada pada hari itu juga atau jika lewat diterima, pada hari yang    berikutnya dengan syarat bahawa tiap-tiap cek mestilah dibankkan dalam tempoh        seminggu selepas diterima.”

            Pelanggaran Tatakelakuan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam    (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993.

            Seseorang pegawai tidak boleh

(a)                Tidak jujur atau tidak amanah

(b)               Tidak bertanggungjawab


Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


......................................................
(SALEHAH BT MOHD AMIN)
Pengetua
SMK Seksyen 4 Kota Damansara 

No comments:

Post a Comment