Monday 31 December 2012

CRK


Rujukan : SMKS 4 K.D(2)06/04/001 Bil(7)
                                                                        Tarikh     : 5 Januari 2009

Kepada semua guru dan kakitangan sekolah

Tuan / Puan,

CUTI SAMBILAN / CUTI REHAT KHAS – Bil 3/2005

Cuti sambilan ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja dan diberi sebanyak tidak lebih dari 7 hari dalam setahun dalam penggal-penggal persekolahan.

Pengetua adalah diberi kuasa untuk meluluskan cuti ini dan pemberian ini akan dikawal dan tidak diberi dengan sewenang-wenangnya. Pemberian cuti bagi sesuatu upacara atau perayaan keagamaan hendaklah jangan sampai melumpuhkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

  1. Cuti sambilan bukan hak tetapi satu kemudahan keistimewaan yang diberi kepada guru hanya atas sebab-sebab kecemasan dan upacara keagamaan seperti berikut:-
1.1  Untuk menziarahi ahli keluarga atau saudara-mara rapat yang sakit tenat atau   
      kematian ahli keluarga yang rapat dengan guru itu.

1.2  Untuk menyertai upacara atau kemalangan yang dianuti oleh seseorang guru itu.
1.3  Dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti
     kebakaran, banjir dan sebagainya.
         
1.4  Menunaikan fardhu haji sekiranya tempoh selama 40 hari sepertimana yang  
      telah ditetapkan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 1984 tidak  
      mencukupi.
1.5  Kursus suaikenal bagi kursus luar kampus.
1.6  Majlis konvokesyen bagi guru-guru atau anak-anak mereka.
1.7  Menghadiri temuduga kenaikan pangkat atau perlantikan dalam perkhidmatan Pendidikan yang diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Kementerian Pendidikan, Jabatan Perkhidmatan Awam atau Jabatan Pendidikan Negeri.
1.8  Untuk tujuan perkahwinan guru-guru atau anak-anak  mereka.

2        Cuti sambilan tidak boleh diambil bersama dengan lain-lain cuti atau diambil bersama dengan lain-lain cuti atau cuti umum.

3        Sekiranya cuti sambilan (mengenai hari perayaan) jatuh pada Hari Sabtu atau Hari Ahad atau mana-mana Hari Cuti Umum, cuti tersebut tidak boleh diganti dengan hari berikutnya sekiranya hari berikutnya ialah hari bekerja.

Sekian, terima kasih,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


……………………………………..
( Salehah bt Mohd Amin )
Pengetua,
SMK Seksyen 4,
Kota Damansara


No comments:

Post a Comment