Monday 31 December 2012

ARAHAN AM TATASUSILA


Rujukan : SMKS4KD(2)06/04/001 Bil(3)
                                                                        Tarikh     : 5 Januari 2009

Kepada semua guru dan kakitangan sekolah

Tuan/Puan,

ARAHAN AM DAN TATASUSILA PROFESION KEGURUAN

1. ARAHAN AM
1.1 Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang   
      terdapat dalam Perintah Am Kerajaan.
      Oleh itu semua guru dikehendaki membaca, mamahami dan juga mematuhi
      perintah Am tersebut.
1.2 Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, mamahami
      dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan
      Arahan Perkhidmatan lain.
1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya    
      sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan / mata pencarian
      semata-mata.
1.4 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati
      prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang.
1.5 Guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah dan Matlamat
      Pendidikan Kebangsaan.



2. TATASUSILA PROFESION KEGURUAN
            2.1 Tanggungjawab Terhadap Murid
                        2.1.1 Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid lebih
         daripada kepentingan diri.
2.1.2 Bersikap adil terhadap setiap murid tanpa mengira faktor-faktor     
          jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan
          agama.
2.1.3 Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai murid kecuali
         kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
2.1.4 Membimbing dan mengajar seseorang murid dalam darjahnya
         sendiri atau dalam mata pelajaran yang diajar di dalam bilik darjah
         tanpa sebarang bayaran.
2.1.5 Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang
         dapat memberi contoh yang baik kepada murid.


2.1.6 Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian,
         penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan,
         mesyuarat atau seminar supaya pengajaran guru mencapai mutu
         yang setinggi-tingginya.

            2.2 Tanggungjawab terhadap Ibubapa
                        2.2.1 Menghormati tanggungjawab utama ibubapa terhadap anak-anak
         mereka.
2.2.2 Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di
         antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.
2.2.3 Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibubapa
         mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai
         sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada
         mereka yang berhak mengetahuinya.
2.2.4 Memberi maklumat kepada ibubapa demi kepentingan anak-anak
         mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada  ibubapa secara teliti dan bijaksana.
2.2.5 Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh
         kedudukan sosial dan ekonomi ibubapa murid.
2.2.6 Menggelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan
         sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan murid terhadap
         ibubapa atau penjaga mereka.

            2.3 Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara
                        2.3.1 Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh
         merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau Negara, atau pun
         yang bertentangan dengan Rukunegara.
2.3.2 Memupuk dalam diri setiap murid sikap dan nilai yang boleh
         membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara
         yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-
         orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan
         kebudayaan, keturunan dan agama.
2.3.3 Menghormati masyarakat tempat berkhidmat dan memenuhi segala
         tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup
         mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
2.3.4 Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan
         ibubapa institusi pendidikan dengan masyarakat.
2.3.5 Memberi sumbangan moral untuk meninggikan kehidupan cergas,
         kebudayaan dan kecendikiawanan masyarakat.
2.3.6 Berpegang kepada tingkahlaku yang sopan yang diterima oleh
         masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.


            2.4 Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Perguruan
2.4.1 Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan
         yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan
         murid atau ibubapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan
         maruah seseorang guru.
2.4.2 Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan
         kecekapan sebagai seorang guru.
2.4.3 Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab
         dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar
         dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
2.4.4 Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang
         baru dalam profesion perguruan.
2.4.5 Sentiasa mengawal diri supaya tidak mencemarkan nama baik
         profesion perguruan.
2.4.6 Menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.



Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


……………………………………..
( Salehah bt Mohd Amin )
Pengetua,
SMK Seksyen 4,
Kota Damansara










No comments:

Post a Comment