Monday 31 December 2012

BORANG MAKLUMBALAS MESYUARAT PENGURUSAN


SEKOLAH MENENGAH SEKSYEN 24
BORANG MAKLUM BALAS MESYUARAT PENGURUSAN
BILANGAN 5/ 2012

Muka
Surat
Para
Perkara
SEKTOR/
UNIT/PPD
Tindakan/ Perkembangan/Ulasan
2
4.1.1
Pengerusi memaklumkan rasa ketidakpuasan berkaitan analisis pencapaian Ujian Bulan Mac terutama bagi Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 bagi setiap kelas dan setiap mata pelajaran. Didapati ramai kalangan murid  Tingkatan 3 gagal dalam mata pelajaran Matematik terutama kelas yang bagus seperti 3 Rozel. Begitu juga dengan mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris bagi kelas 3 Citrus dan 3 Tulip. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana dalam ujian bulanan, markah yang diambil adalah mengikut sistem 70% ( peperiksaan ) dan 30%   ( sahsiah )
Tindakan : Ketua Panitia dan Guru Tingkatan Berkenaan
KP Sains

KP Bahasa Inggeris

KP Matematik

Tingkatan 3 Citrus

Tingkatan 3 Rozel

Tingkatan 3 Tulip

3
4.2.4
Pengerusi meminta supaya masalah tersebut perlu diatasi segera. Oleh itu semua ahli perlu memainkan peranan masing-masing. Semak semula program yang ada, jika tidak bermakna perlu diubah. Tindakan perlu diambil terhadap mereka yang gagal dalam mata pelajaran teras. Bagi kelas yang terpilih seperti Tingkatan 3 Ixora, 3 Rozel dan 3 Daisy perlu dibuat program khas untuk melonjakkan keputusan mereka terutama dalam PMR. Manakala bagi kelas yang bermasalah seperti 3 Henna, 3 Citrus dan 3 Tulip berikan latih tubi yang mudah. Pelajar yang tidak mahu buat latihan, bawa mereka ke bilik pengetua. Pengerusi ingin berjumpa dengan pelajar yang gagal dalam masa yang terdekat.

Pengerusi mencadangkan supaya guru-guru menyerahkan senarai pelajar yang bermasalah kepada setiausaha kurikulum. Kemudian berikan sebuah buku kecil ( Buku 555 ) kepada mereka dan guru mata pelajaran tuliskan setiap kesalahan dan kelakuan yang dilakukan oleh pelajar tersebut semasa pembelajaran dan pengajaran berlangsung dan perrlu ditanda tangan.
Tindakan : SU Kurikulum/ Ketua Panitia dan Guru Tingkatan Berkenaan



3
4.3
4.3.1
Buku Kawalan Ponteng ( BKK )
Pengerusi memaklumkan bahawa BKK adalah merupakan satu eviden rasmi. Guru yang tidak  mencatat dalam BKK akan diberi surat tunjuk sebab. Pengerusi meminta PK HEM berbincang dengan AJK HEM untuk mengubah suai Buku Kawalan Ponteng.
Tindakan: PK HEM

PK HEM

4
4.4.2
Setiap guru dimaklumkan hanya akan terlibat sekurang-kurangnya sekali sahaja kecuali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Berikan soalan-soalan atau modul yang berbeza bagi kelas yang bagus dan lemah. Kelas tambahan hanya pada minggu pertama cuti pertengahan tahun sahaja. Pada minggu kedua cuti tersebut, guru-guru dan murid-murid yang terlibat bolehlah bercuti bersama keluarga masing-masing. Setiausaha akan menyediakan jadual kelas tambahan tersebut dan juga surat edaran kepada ibu bapa.
Tindakan : Makluman & SU Kurikulum



SU Kurikulum

4

5
5.1
Pengerusi memaklumkan seorang pegawai dari Jabatan Pelajaran Selangor, iaitu En. Mohd. Madzlan bin Apandi telah datang ke sekolah untuk memantau Program Sekolah Penyayang. Sehubungan itu, pengerusi meminta guru-guru bertugas dan yang lain agar berada di pintu pagar pada waktu pagi untuk menyambut kehadiran murid  ke sekolah. Berkaitan perkara itu juga Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan akan membuat kad ucapan lahir kepada para murid.

Tindakan : Ketua Panitia Pendidikan Sivik & Makluman
KP Pendidikan Sivik


Disediakan oleh  :                                                                                             Disahkan oleh   :                                                               Tarikh  :

No comments:

Post a Comment