Monday 31 December 2012

GURU TINGKATAN


      Guru Tingkatan

Pengurusan Dan Organisasi Kelas

1       Membentuk organisasi kelas terdiri daripada Ketua Tingkatan, Penolong Tingkatan, Bendahari, AJK Kebersihan dan AJK Keceriaan ; memastikan AJK Kebersihan mengagihkan murid untuk membersihkan papan hitam, menyapu lantai, mengelap tingkap, menyusun kerusi meja dan membuang sampah. Memastikan AJK Keceriaan sentiasa mengemaskini papan kenyataan dan papan maklumat dari semasa ke semasa, menyediakan langsir dan bunga (jika perlu) untuk kelas.

2. Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas.

                           2.1 Jadual Waktu
2.2 Jadual Tugas
2.3 Perabot kelas seperti meja murid, meja guru dan papan hitam diinventori
2.4  Carta Organisasi Kelas
2.5 Alatan Penyapu, Bakul Sampah dan Pengaut Sampah
2.6  Papan Kenyataan Kelas

  3.Menentukan kawat, elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan selamat digunakan.

  4. Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru yang berkenaan.

5. Merekod / menyelaras Program Nilam di kelas.
6.Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara murid. Tabung ini adalah bagi tujuan yang berikut :
6.1  Keceriaan Kelas
6.2 Kebajikan Murid

Jadual Kedatangan Dan Kedatangan Murid

   1.Menandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu ketiga berakhir dengan kemas  dan menyimpan buku daftar murid di pejabat.

        2.Menentukan semua butiran yang dikehendaki ada di dalam Buku Daftar Kedatangan Murid.

                  3.Memastikan data terkini murid di dalam kelas.

4.Memastikan kelas mempunyai buku kawalan kelas dan dijaga dengan baik dan tidak hilang Pastikan buku kawalan dihantar setiap hari ke pejabat. Sekiranya tidak, laporkan dengan segera kepada PK HEM pada hari yang sama sebelum pulang


Mengisi Borang / Buku / Laporan Murid

1.Memastikan setiap murid mempunyai Kad Laporan  Murid.

2.Mengisi markah dan membuat Laporan Kemajuan Akademik, Kokurikulum dan Fizikal dalam Kad Kemajuan Murid bagi setiap semester / penggal.

3.Menyediakan analisis peperiksaan dan penilaian
4.Menyediakan analisis Headcounts diperjelaskan kepada murid dan ditampal di papan kenyataan dalam kelas.

5.Mengambil Kad 001 dari Kaunselor.(Jika ada)

       6.Menyedia dan mengisi semua berkenaan dan dihantar mengikut ketetapan .

        7.Membeli buku Nilam dari PSS dan merekod / mencatat Nilam dalam buku / borang dan dipamerkan setiap bulan.

Buku Teks, Biasiswa Dan Bantuan

         1.Memastikan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) diagihkan kepada murid-murid dan memastikan buku-buku tersebut dibalut dan ditulis nama murid.

  2.Mengemaskini fail SPBT dari masa ke semasa.

         3.Memulangkan buku teks pada tarikh yang  ditetapkan dan menyenaraikan nama murid yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan memberikan senarai itu kepada guru SPBT.

         4.Mengenalpasti murid yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang lain dan melaporkan kepada Guru Kebajikan dan Biasiswa

           5.Melaporkan kepada Guru Biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan  pelajaran di kalangan murid yang mendapat biasiswa.

Kutipan Bayaran Tambahan Dan Sumbangan

Mengutip bayaran tambahan sekolah. Guru Tingkatan dapatkan surat kuasa mengutip bayaran tambahan mengikut jumlah yang ditetapkan.

                   Bayaran Tambahan:-

1.      Semua bayaran tambahan sekolah dikutip mulai hari pertama persekolahan dan diselesaikan kutipannya pada atau sebelum 31 Januari (sekiranya boleh).

2.      Yuran persekolahan yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut (lihat lampiran bayaran tambahan).

3.      Bagi murid yang belum menjelaskan bayaran tambahan berkenaan selepas 31 Januari, peringatan kepada ibu bapa perlu dibuat. Senarai nama murid yang perlu diserahkan kepada AJK Biasiswa dan Kebajikan untuk tindakan sewajarnya.

4       Rekod bagi semua kutipan mestilah disimpan oleh guru tingkatan (sila gunakan borang semakan tersedia) dan juga dalam BUKU KEDATANGAN MURID dan BUKU REKOD MENGAJAR. Rekod tersebut akan diperiksa jika difikirkan perlu.

5.      Guru-guru tingkatan akan dibekalkan buku resit rasmi dan surat kuasa mengutip hutang. Guru tingkatan yang menerima kutipan atau bayaran mestilah mengeluarkan resit dengan segera serta juga mencatatkan butiran kutipan ke dalam buku rekod kedatangan murid..
6.      Wang kutipan mestilah diserahkan dengan segera kepada  Pembantu Tadbir yang diberi tanggungjawab. Satu rekod penyerahan kutipan telah disiapkan dan pastikan guru-guru akan mengisi butiran dengan teliti. Tarikh pada resit mestilah sama dengan tarikh penyerahan kepada guru Pembantu Tadbir. Resit akaun terima bagi setiap penyerahan oleh guru kepada Pembantu Tadbir akan disediakan.

7.  Pembantu Tadbir mesti membankkan kutipan wang pada hari penyerahan tersebut. Oleh yang demikian, semua penyerahan mestilah selesai sebelum pukul 3.00 petang setiap hari. Dua orang guru akan dilantik sebagai Bendahari kutipan bayaran tambahan mengikut keperluan.

                       Sumbangan PIBG:-

1.      Mengutip sumbangan PIBG RM60.00 serahkan kepada Bendahari PIBG.

2.      Mengeluarkan resit kepada murid bagi pembayaran yang dibuat pada hari yang sama kutipan dibuat. Buku resit perlu ditulis dengan teliti dan kemas.Elakkan kesilapan menulis resit.

2.  Prosedur penyerahan kutipan sama seperti penyerahan kutipan yuran/bayaran tambahan/bayaran majalah. Harus sentiasa pastikan ’balanced’

3   Sediakan analisis/rumusan kutipan bayaran tambahan  dan sumbangan PIBG dan serahkan pada mesyuarat guru tingkatan yang diadakan pada setiap hujung setiap bulan

          Pendaftaran Murid Baru:

           1.    Menerima senarai murid baru .

           2.     Mendaftarkan murid baru ke dalam buku daftar murid   di pejabat

           3.    Menguruskan penerimaan buku teks
                 (SPBT)

           4.     Menyemak jika murid ini pernah menerima sebarang   bentuk biasiswa dan melaporkan kepada guru biasiswa.

           5.     Memastikan fail peribadi murid dibuka dan dikemaskini.Fail peribadi murid disimpan di kabinet di bilik disiplin di pejabat.

           6.     Menentukan Kad 001 dan Kad Kesihatan dari sekolah yang terdahulu.

           7.     Menentukan rumah sukan berdasarkan nombor daftar murid.
                             01     -        Biru
                             2/3    -        Hijau
                             4/5    -        Kuning
                             6/7    -        Merah
                             8/9    -        Unggu



 Murid Keluar

          1.Menentukan borang SPBT, Kad Kemajuan murid dan Kad 001 dihantar ke pejabat dan dimasukan ke dalam fail perbadi

          2.Menentukan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan bagi murid.

         3.Menentukan kelulusan untuk bertukar telah diterima – kerani pejabat. Sekiranya kelulusan sudah pasti fail perbadi boleh diserahkan kepada ibu bapa murid.

                            4.Menentukan buku teks telah dipulangkan – guru SPBT.

5.Mencatat dalam rekod kehadiran dan buku      daftar murid


         Jadual Waktu

1.      Guru Tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu kelas untuk dipamerkan dalam kelas sendiri.
2.      Jadual waktu yang telah ditetapkan tidak boleh diubah tanpa kebenaran.

3.      Guru mestilah mematuhi masa jadual waktu – guru dilarang keluar  dari kelas lebih awal atau masuk ke kelas lewat untuk mengelakkan masalah disiplin.

No comments:

Post a Comment