Monday 31 December 2012

STANDARD GURU MALAYSIA


APA ITU STANDARD GURU MALAYSIA SGM
Kementerian Pelajaran KPM membuat satu system penilaian iaitu Sistem Standard Guru Malaysia SGM bagi membantu penilaian instrument, menambahbaik melalui Instrument SGM Sistem Standard Guru Malaysia meningkatkan lagi professional bidang pendidikan.
Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan  keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan.Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti.Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.
LamanUtama SGM Standard Guru Malaysia
Untuk mengakses sistem, Setiap guru hendaklah memasukkan no kad pengenalan masing-masing di
Click Herehttp://my.static.planet49.com/log/?type=imp&source_pk=1022&sub_id=&rand=
Rasional Mewujudkan SGM Standard Guru Malaysia
  • Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru professional dengan berkesan,
  • Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan yang jelas dan lengkap seperti dasar, kurikulum, infrastruktur, tenaga pengajar, sumber pengajaran dan pembelajaran, serta jaminan kualiti untuk membolehkan proses latihan dijalankan dengan lancar, berkesan dan bermutu tinggi,
  • KPM sedang berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru yang dapat dijadikan showcase. Justeru itu, adalah wajar standard bagi institusi latihan perguruan diwujudkan, dan
  • Standard Guru Malaysia menggariskan criteria dan standard am guru selaras dengan Malaysian Qualifications Framework (MQF) yang menggariskan criteria dan standard am pendidikan tinggi.
Tujuan SGM Standard Guru Malaysia
Terdapat 2 tujuan utama dalam penerapan SGM Standart Guru Malaysia
  • Mengenalpasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran,
  • Mengenalpasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi  latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai.
Standard Guru Malaysia akan dapat mengenalpasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang patut ditambahbaik  sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan.
Diharapkan  sedikit pengenalan, tujuan serta rasional SGM Standard Guru Malaysia  ini memberikan kemudahan kepada pelawat. Setiap apa sahaja yang dilaksanakan mempunyai baik dan buruknya.

No comments:

Post a Comment