Monday, 31 December 2012

LARANGAN MEROKOK


Rujukan : SMKS 4 K.D(2)06/04/001 Bil(23)
                                                                        Tarikh     : 5 Januari 2009

Kepada semua guru

Tuan / Puan,

SEKOLAH SEBAGAI KAWASAN LARANGAN MEROKOK
(seperti Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1997)

Kementerian Pendidikan telah membuat ketetapan menjadikan bangunan dan kawasan sekolah sebagai KAWASAN LARANGAN MEROKOK mengikut peruntukan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau, 1993.

  1. Berkuatkuasa pada tarikh Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan, semua guru, kakitangan, ibu bapa atau mana-mana individu yang berurusan dengan sekolah adalah dilarang dari menghisap rokok di kawasan sekolah.

  1. Larangan ini meliputi keseluruhan premis sekolah, sama ada di kawasan terbuka mahupun di dalam bilik atau di tempat-tempat yang terselindung dari pandangan murid.



Sekian, terima kasih,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


……………………………………..
( Salehah bt Mohd Amin )
Pengetua,
SMK Seksyen 4,
Kota Damansara



No comments:

Post a Comment

Post a Comment