Monday 31 December 2012

MINIT MESYUARAT KURIKULUM


SMK  SEKSYEN 24, JALAN TIMUN 24/1
40300 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN


MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL  3 / TAHUN 2012

Tarikh                          :   8 MEI 2012
Masa                           : 1.50 petang
Tempat                        : Bilik Gerakan SMK Seksyen 24

Hadir                                       :

1.      Pn. Norizam bt. Hussin                                                -           Pengetua/ Pengerusi
2.      Pn. Wahinahbt. Abd wahid                                            -           PK Kurikulum
3.      Pn. Hamidah bt. Abd hamid                                          -           GKMP Bahasa
4.      Pn. Wan alifah bt. Wan ahmad                                      -           GKMP Teknik & Vok
5.      Pn. Nuriham bt. Zahari                                                  -           GKMP Kemanusiaan
6.      Pn. Norlinda bt. Johan                                                   -           GKMP Sains Matematik
7.      Pn. Junaidah bt. Muhamad
8.      Pn. Safila bt. Kefele
9.      Pn. Noorsam bt. Manan
10.    Pn. Wan nor azura bt. Wan yusof
11.    Pn. Maimun bt. Hassan
12.    Pn. Parameswary a/p ramiah
13.    Pn. Azlina bt. Zakaria
14.    Pn. Liza bt. Dollah
15.    Pn. Fadzilah bt. Bostam
16.    Pn. Zuraini bt. Kaldin
17.    Pn. Jusmaiwati bt. Jusoh
18.    Pn. Zaniza bt. Zakaria
19.    Pn. Hanita bt. Samadi
20.    Pn. Siow yun wen
21.    Pn. Norsalina bt. Kamis
22.    En. Rasidi bin Md sidik
23.    Pn. Hamsah bt. Ramli
24.    Pn. Azwa asila bt. Abdul Majid
25.    Pn. Syalwani bt. Bekri
26.    Pn. Azlin Zaleha bt. Aslah
  
Hadir Bersama/  Turut Hadir             

-           Tiada   -

Tidak  Hadir ( Bersebab )

1.        Pn. Umi kalsom bt. Udin
2.        Pn. Sarifah bt. Abdul Kadir       
3.        En. Aman Shabri bin Ismail
4.        En. Selvarajah a/l Murugesan  


Urusetia                                   :  Pn. Siti Zaleha bt. Hashim


1

PERUTUSAN PENGERUSI
1.1.        Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa atas kehadiran dalam mesyuarat kurikulum kali ketiga pada hari ini.
   Makluman
1.2.        Mesyuarat kali ini bertujuan untuk membincangkan mengenai analisis keputusan SPM 2011 dan juga post mortem. Begitu juga dengan analisis bagi ujian bulan Mac 2012.
                                                                                         Makluman        

2

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1.       Minit mesyuarat yang lalu disahkan tanpa pindaan
                                          Makluman         

3

PERKARA BERBANGKIT:
3.1.      Tiada perkara berbangkit.
                                                                                           Makluman           

4

PERKARA BAHARU

4.1.      Analisis SPM 2011

4.1.1.      Mesyuarat dimaklumkan GPS meningkat kepada 4.74 berbanding 5.09 pada tahun 2010.
makluman

4.1.2.      Dimaklumkna peratus lulus semua mata pelajaran SPM ialah 75.43%.  Bilangan calon gemilang 9A ialah 4 orang pelajar ( 2.29% ).
makluman

4.1.3.      Mesyuarat dimaklumkan berkaitan dengan Analisis kelseluruhan pencapaian SPM mengikut mata pelajaran - Sila rujuk Lampiran 1.
makluman
          

4.2.      Analisis Ujian Bulan Mac 2012

4.2.1.      Mesyuarat dimaklumkan secara keseluruhan pencapaian pelajar Tingkatan 2 dan 3 masih kurang memuaskan . Peratus menguasai  tingkatan 2 ialah 83.2%.99 ). Manakala peratus menguasai tingkatan 4 ialah 69.37%  ( GPS - 5. ( GPS - 3.09 ) dan peratus menguasai tingkatan 3 ialah 81.88%  ( GPS - 239 ) dan peratus tingkatan 5 ialah 75.05% ( GPS - 4.97 )
( Rujuk Lampiran Analisis Ujian Mac 2012 )
makluman

4.2.2.      Pengerusi memaklumkan rasa ketidakpuasan berkaitan analisis pencapaian Ujian Bulan Mac terutama bagi Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 bagi setiap kelas dan setiap mata pelajaran. Didapati ramai kalangan murid  Tingkatan 3 gagal dalam mata pelajaran Matematik terutama kelas yang bagus seperti 3 Rozel. Begitu juga dengan mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris bagi kelas 3 Citrus dan 3 Tulip. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana dalam ujian bulanan, markah yang diambil adalah mengikut sistem 70% ( peperiksaan ) dan 30% ( sahsiah )
Tindakan : Ketua Panitia dan Guru Tingkatan Berkenaan

4.2.3.      Mesyuarat dimaklumkan bahawa kemerosotan  pencapaian mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi kelas 3 Rozel, 3 Citrus dan 3 Tulip adalah disebabkan sikap murid yang mempengaruhi keputusan ujian tersebut, iaitu tidak mahu membuat latihan yang diberi, kurang sopan terhadap guru, tidak minat untuk belajar, tidur semasa sesi pembelajaran dan pengajaran, ponteng sekolah dan ponteng kelas atau melepak tanpa arah tujuan.
 Puncanya adalah disebabkan sebahagian daripada mereka ada yang bekerja pada waktu malam dan lewat pagi baru balik.
makluman

4.2.4.      Pengerusi meminta supaya masalah tersebut perlu diatasi segera. Oleh itu semua ahli perlu memainkan peranan masing-masing. Semak semula program yang ada, jika tidak bermakna perlu diubah. Tindakan perlu diambil terhadap mereka yang gagal dalam mata pelajaran teras. Bagi kelas yang terpilih seperti tingkatan 3 Ixora, 3 Rozel dan 3 Daisy perlu dibuat program khas untuk melonjakkan keputusan mereka terutama dalam PMR. Manakala bagi kelas yang bermasalah seperti 3 Henna, 3 Citrus dan 3 Tulip berikan latih tubi yang mudah. Pelajar yang tidak mahu buat latihan, bawa mereka ke bilik pengetua. Pengerusi ingin berjumpa dengan pelajar yang gagal dalam masa yang terdekat.

Pengerusi mencadangkan supaya guru-guru menyerahkan senarai pelajar yang bermasalah kepada setiausaha kurikulum. Kemudian berikan sebuah buku kecil ( Buku 555 ) kepada mereka dan guru mata pelajaran tuliskan setiap kesalahan dan kelakuan yang dilakukan oleh pelajar tersebut semasa pembelajaran dan pengajaran berlangsung dan perrlu ditanda tangan.
.
Tindakan : SU Kurikulum/ Ketua Panitia dan Guru Tingkatan Berkenaan


4.3.      Buku Kawalan Ponteng ( BKK )

4.3.1.      Pengerusi memaklumkan bahawa BKK adalah merupakan satu eviden rasmi. Guru yang tidak  mencatat dalam BKK akan diberi surat tunjuk sebab. Pengerusi meminta PK HEM berbincang dengan AJK HEM untuk mengubah suai Buku Kawalan Ponteng.
Tindakan: PK HEM

4.3.2.      Mesyuarat dimaklumkan oleh guru-guru mata pelajaran bahawa murid-murid Tingkatan 5 IK yang tidur dalam kelas dengan menyusun kerusi. Pengerusi meminta agar semua kesalahan yang dilakukan  dicatatkan dalam Buku Kawalan Ponteng.
Pengerusi meminta guru-guru mengambil gambar pelajar berkenaan sebagai bahan bukti kepada ibu bapa mereka jika diperlukan.
Makluman


4.4        Kelas Tambahan Cuti Pertengahan Tahun

4.4.1        Pengerusi memaklumkan kelas tambahan akan diadakan pada cuti pertengahan tahun ini. Guru-guru sesi petang akan turut terlibat bagi mengajar murid Tingkatan 3. Berikan latihan Ulangkaji bagi topik-topik Tingkatan 1 dan 2. Manakala guru sesi pagi akan diberikan kelas Tingkatan 5 dan buat ulangkaji topik-topik Tingkatan 4.
makluman

4.4.2        Setiap guru dimaklumkan hanya akan terlibat sekurang-kurangnya sekali sahaja kecuali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Berikan soalan-soalan atau modul yang berbeza bagi kelas yang bagus dan lemah. Kelas tambahan hanya pada minggu pertama cuti pertengahan tahun sahaja. Pada minggu kedua cuti tersebut, guru-guru dan murid-murid yang terlibat bolehlah bercuti bersama keluarga masing-masing. Setiausaha akan menyediakan jadual kelas tambahan tersebut dan juga surat edaran kepada ibu bapa.

Tindakan : Makluman & SU Kurikulum

5

HAL-HAL LAIN
5.1.        Pengerusi memaklumkan seorang pegawai dari Jabatan Pelajaran Selangor, iaitu En. Mohd. Madzlan bin Apandi telah datang ke sekolah untuk memantau Program Sekolah Penyayang. Sehubungan itu, pengerusi meminta guru-guru bertugas dan yang lain agar berada di pintu pagar pada waktu pagi untuk menyambut kehadiran murid  ke sekolah. Berkaitan perkara itu juga Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan akan membuat kad ucapan lahir kepada para murid.

Tindakan : Ketua Panitia Pendidikan Sivik & Makluman

5.2.        Pengerusi mencadangkan supaya diadakan satu kursus  dalaman yang akan dikelolakan oleh En. Rasidi, iaitu berkaitan cara-cara untuk mengurangkan kandungan isi mata pelajaran bagi kelas yang lemah.
Makluman

5.3.        SU Peperiksaan meminta supaya semua guru mengisi borang mengambil dan menyerah soalan dengan betul semasa peperiksaan berlangsung. Keadaan ini disebabkan guru  tidak berbuat demikian dan SU kurikulum terpaksa memanggil guru berkenaan. Perkara ini penting kerana ia adalah merupakan salah satu dokumen SPSK.
Mesyuarat  turut dimaklumkan bahawa  selepas setiap peperiksaan, keputusan peperiksaan akan ditampalkan di papan kenyataan di luar bilik peperiksaan.

Makluman

6.
PENUTUP

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang



Disemak  Oleh,
 




No comments:

Post a Comment